Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kepada semua sukarelawan ICT,

Sukacita dimaklumkan 3 projek di bawah inisiatif Komuniti Pintar telah terpilih untuk fasa undian bagi merebut hadiah WSIS 2018 yang akan berlangsung pada 18-23 Mac 2018 di Geneva, Switzerland. 3 projek yang mewakili Malaysia ini akan bertanding bersama 490 projek ICT dari seluruh dunia. 

Untuk menyokong penyertaan dalam anugerah ini, anda boleh mengundi dengan langkah-langkah berikut:

1. Sila layari https://www.itu.int/net4/wsis/prizes/2018/


2. Daftar dan login dengan menggunakan Username dan Password. Satu email pengesahan pendaftaran akan dihantar ke email dan anda perlu mengesahkan email tersebut terlebih dahulu.


3. Sila klik setiap kategori dan cari projek untuk kategori 2,3, dan 4 seperti berikut:


Category 2 - Security and Integrated Flood Network System
Category 3 - e-Magazine Development at Schools for Smart Community Districts in Malaysia 
Category 4 - MyCommunity! Heroes for Smart Community in Malaysia  

Sehubungan dengan itu, kami memerlukan sokongan daripada semua sukarelawan ICT dan kenalan lain untuk mengundi bagi 3 kategori diatas pencalonan MCMC bagi WSIS Prizes 2018.

 

Anda perlu mengundi kesemua 18 Kategori yang dipertandingkan dan pilih hanya 1 projek bagi setiap Kategori untuk melengkapkan undian

 

Tarikh dan masa tamat undian ialah pada 18 Februari 2018(23:00 waktu Geneva)

 

27655463 1984001071861357 8158119436082203782 n

Sokongan dan undian daripada anda amat bermakna kepada kami dan ribuan terima kasih kepada semua kerana mengundi.