PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun ini kerana masih ada langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk memerangi Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei ini disambung selama empat minggu lagi walaupun negara sudah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi Covid-19.

Setiap orang dinasihatkan untuk memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial.

#kitajagakita

 

Orang ramai beratur sambil mengamalkan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut ketika berurusan dengan sebuah syarikat telekomunikasi. Foto Bernama