POPULAR DI JABI

3SATEY - Merupakan makanan yang cukup tersohor disemua tempat dan negeri dan paling digemari ramai. Sebut Satey je orang sudah cukup kenali malah menjadi makanan trending dan paling popular disekitar Kajang. Kalau dahulu, siapa yang teringin makan satey pasti akan ke Kajang, namun sekarang Jabi juga cukup dikenali dengan kawasan Satey jadi, tidak perlu ke Kajang lagi untuk makan satey. Disekitar Jabi banyak peniaga satay yang cukup terkenal iaitu Satey Lanang, Satey Mastura, Satey Kak Limah, Satey Kajang Jabi dan lain-lain. Waktu urus niaga adalah seperti biasa, bermula jam 2 petang sehingga malam. Sesiapa yang belum pernah cuba satey Jabi boleh la datang ke Besut, Terengganu Darul Iman.

 

2NASI ULAM - Nasi Ikan Bakar dan Ulam cukup terkenal di negeri Pantai Timur terutama bagi negeri Kelantan dan Terengganu.Makanan yang berasaskan ulam ini cukup sinonim dengan penduduk tempatan malah merupakan makanan asas bagi sekitar penduduk tempatan terutama dikawasan luar bandar ini kerana ulam- ulaman mudah didapati. Di sekitar Jabi juga terdapat kedai makan nasi ulam yang menjadi kegilaan ramai terutama bagi pekerja yang bekerja disektor kerajaan, badan berkanun, swasta serta bekerja sendiri dan lain-lain turut menjadi pelanggan kepada kedai nasi ulam yang berada di Kg Renek berdekatan dengan Pekan Jabi.

 

4CENDOL AIS -Cendol juga cukup popular pada abad ini mungkin kerana faktor cuaca di negara kita yang semakin panas. Kalau dulu cendol hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan sahaja dan cendol juga tidak banyak pengubahsuaian citarasa. Namun sekarang, pelbagai rasa dan teknik ubahsuaian cendol.Kini, cendol boleh didapati dengan plebagai campuran seperti Cendol ABC, Cendol Ais Jagung, Cendol Durian, Cendol Pulut, Cendol Cha Cha dan lain-lain.Di Jabi cendol boleh didapati di Kg Gergaji iaitu Profesor Cendol yang cukup terkenal dengan pembukaan cawangan di Tok Bali, Pasir Puteh,Gua Musang, Kelantan dan Penarik,Setiu Terengganu.

 

5

MASAKAN PANAS - Masakan panas merupakan salah satu kewajipan yang mesti ada disetiap kedai makan. Ini kerana, masakan panas adalah pembuka selera bagi yang kurang selera makan makanan masakan biasa. Suatu ketika dahulu, masakan panas hanya dijual pada waktu malam sahaja, namun sekarang masakan panas seolah sebati dengan waktu makan tengahri. Kini penggemar masakan panas tidak perlu menunggu pada waktu malam sahaja, siang hari juga boleh merasa masakan panas. Di sekitar Jabi, terdapat beberapa buah restauran yang menyediakan masakan panas dan yang paling dikenali, sedap serta yang menyediakan pada waktu tenghari dan ke atas adalah kedai makan yang bersebelah dengan stesen minyak BHP.

 

 

 

 

 

Makanan yang dihasilkan oleh penduduk Kg Jabi yang menjadi bualan penduduk tempatan adalah produk makanan yang dihasilkan daripada tumbuhan iaitu pohon stevia. Pohon stevia adalah,pohon yang mana mengandungi 1001 khasiat. Ia adalah penganti kepada gula. Dimana,sesuai untuk semua lapisan golongan umur. Penghidap kencing manis amatlah sesuai menggunakannya kerana kandungan manisnya adalah asli dan daripada daun-daun stevia yang telah dijemur kering. Antara produk yang telah dihasilkan oleh daun stevia dan dikormesialkan ialah cordial minuman yang pelbagai rasa, pemanis minuman(penganti gula), jeruk buah, dan pelbagai lagi.