TARIKH     : 21 SEPTEMBER 2023

MASA        : 10.00 AM - 12.30 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 4 ORANG

 

WhatsApp Image 2023 09 22 at 10.12.17

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal dan tahu asas keusahawanan tanpa bantuan orang lain.

AKTIVITI

Komuniti mengikuti kelas secara atas talian yang dianjurkan oleh IIn Innovative iaitu salah satu platform yang ditubuhkan oleh MSD untuk membantu PEDi dibawah seliaan TM dengan memberi taklimat kelas percuma kepada komuniti. Mereka ingin mengetahui cara asas Pengurusan Kewangan secara peribadi. Taklimat ini dapat memberi faedah kepada komuniti berkaitan pengurusan kewangan dalam kehidupan harian. Komuniti mengikuti kelas di kediaman masing-masing.

 

 

Gambar Seterusnya

 

 

 

TARIKH     : 20 SEPTEMBER 2023

MASA        : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2023 09 21 15 22 48

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Pelajar universiti mengikuti kelas secara atas talian yang dianjurkan oleh IIn Innovative iaitu salah satu platform yang ditubuhkan oleh MSD untuk membantu PEDi dibawah seliaan TM dengan memberi taklimat kelas secara percuma kepada komuniti. Kelas ini adalah untuk mengetahui tentang Agro Teknologi Smart Farming (Pentingnya Smart Farming Dalam Kehidupan Hari Ini). Peserta merupakan seorang pelajar dan mengikuti kursus pertanian.

 

 

Gambar Seterusnya

 

 

TARIKH     : 15 SEPTEMBER 2023

MASA        : 10.00 AM - 5.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 5 ORANG

 

photo 2023 09 17 12 47 43

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Pengunjung yang datang meminta petugas membantu dalam pengisian permohanan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu SPNB. Syarat permohonan, pemohon (ketua isi rumah) mestilah anak Terengganu. Pemohon berjaya mengisi dan menghantar permohonan. Dalam masa yang sama, petugas membantu pelajar tahun akhir Diploma Pendidikan Kanak-Kanak membuat Google Drive dalam Gmail untuk menyimpan fail dokumen berkaitan Projek Akhir dimana pelajar tersebut tidak perlu menggunakan pendrive sebagai medan penyimpanan dokumen. Selain itu, petugas membantu pelajar tingkatan 4 yang memohon untuk sambung belajar ke kolej vokasional (KV) dengan mengisi borang permohonan secara atas talian.

 

 

Gambar Seterusnya

 

 

 

 

TARIKH     : 19 SEPTEMBER 2023

MASA        : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 4 ORANG

 

WhatsApp Image 2023

 

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal dan tahu asas keusahawanan tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Komuniti mengikuti kelas secara atas talian yang dianjurkan oleh IIn Innovative iaitu salah satu platform yang ditubuhkan oleh MSD untuk membantu PEDi dibawah seliaan TM dengan memberi taklimat kelas percuma kepada komuniti. Mereka ingin mengetahui tips asas Pengurusan Kewangan untuk perniagaan. Komuniti mengikuti kelas di kediaman masing-masing.

 

 

Gambar Seterusnya

 

 

TARIKH     : 03 SEPTEMBER 2023

MASA        : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 4 ORANG

 

photo 2023 09 17 12 16 50 4 Copy

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

AKTIVITI

Petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada pengunjung yang datang ke PEDi, beri bantuan membuka website dan pantau mereka menjawab exam SPA9i dengan membuka email dan rujuk email panggilan peperiksaan dari SPA. Pengunjung dalam proses carian pekerjaan dan baru tamat pengajian di universiti. Selain itu, mereka diajar cara mudah menghantar dan menyimpan fail dengan menggunakan whatsapp desktop.

 

 

Gambar Seterusnya