TARIKH : 13 JANUARI 2024 MASA : 02.30 PM - 04.30 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Pengunjung yang datang meminta petugas membantu dalam pengisian permohanan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu SPNB. Syarat permohonan, pemohon (ketua isi rumah) mestilah anak Terengganu. Pemohon berjaya mengisi dan menghantar permohonan. Dalam masa yang sama, petugas juga membantu cara menggunakan Whatsapp Dekstop untuk menyimpan dan menghantar maklumat.
TARIKH : 11 JANUARI 2024 MASA : 03.00 PM - 05:00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Mesyuarat kali pertama Biro PEDi Kg Jabi adalah membincangkan aktiviti perjalanan PEDi 2024 dan cara hebahan kepada komuniti untuk pengisian PADU.
TARIKH : 08 JANUARI 2024 MASA : 02.30 PM - 04.30 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengunjung yang datang ke PEDi untuk membuka laman web Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk pengisian permohonan rayuan bayaran balik pembiayaan perumahan. Petugas juga mengajar asas penggunaan Gmail bagi kemudahan menghantar dan menerima dokumen, gambar dan banyak lagi fungsi-fungsi Gmail yang lain.
TARIKH : 09 JANUARI 2024 MASA : 10.30 AM - 12:30 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang ingin mengemaskini lesen perniagaan dan cara untuk print lesen SSM dengan menggunakan eBiz. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara menggunakan Whatsapp Web untuk memudahkan menghantar dan menyimpan fail. Selain itu, petugas PEDi Kluster Besut juga menghadiri mesyuarat bersama DOSM Besut untuk taklimat pengisian PADU di Pejabat Perangkaan Jerteh Besut Terengganu.
TARIKH : 06 JANUARI 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas membantu komuniti yang datang ke PEDi membuat kerja menggunakan MS Word kerana ia kurang mahir dalam penggunaan MS Word. Selain itu, petugas juga membantu cara menggunakan Whatsapp Web sebagai medan penghantaran dan penyimpanan maklumat atau fail untuk print.