TARIKH     : 22 JANUARI 2024

MASA        : 10.30 AM - 12.30 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2024 01 28 08 57 45

 

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet tanpa bantuan orang lain.

 

Aktiviti 

Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada komuniti yang ingin membuat permohonan pengisian tanah pusaka di website Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) MyeTapp bagi pembahagian harta pusaka yang dibuat secara atas talian. Pengunjung mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. 

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 19 JANUARI 2024

MASA        : 10.00 AM - 12.30 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 3 ORANG

 

photo 2024 01 20 09 16 52

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet tanpa bantuan orang lain.

 

Aktiviti 

Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang ingin menggunakan microsoft word untuk menulis surat rasmi dan tidak rasmi. Dalam masa yang sama, petugas juga memberi tunjuk ajar cara menggunakan whatsapp dekstop untuk penghantaran dokumen bagi memudahkan untuk mencetak. Selain itu, petugas memberi penerangan kepada pengunjung yang ingin membuat pengisian dalam Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi borang tersebut dengan lengkap. Pengunjung mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

 

TARIKH     : 16 JANUARI 2024

MASA        : 09.00 AM - 06.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 192 ORANG

 

photo 2024 01 19 15 22 42

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Hari kedua pembukaan kaunter fizikal pengisian PADU di PEDi Kg Jabi bagi memudahkan komuniti hadir untuk mendaftar dan mengisi PADU dengan pegawai yang terlibat.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

 

TARIKH     : 17 JANUARI 2024

MASA        : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2024 01 19 15 23 53

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Pengunjung yang datang meminta petugas membantu dalam pengisian permohanan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu SPNB. Syarat permohonan, pemohon (ketua isi rumah) mestilah anak Terengganu. Pemohon berjaya mengisi dan menghantar permohonan. Dalam masa yang sama, petugas juga membantu cara menggunakan Whatsapp Web untuk menyimpan, menghantar maklumat serta sebagai medan penghantaran fail untuk print.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

 

TARIKH     : 15 JANUARI 2024

MASA        : 09.00 AM - 06.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 72 ORANG

 

photo 2024 01 19 15 20 09

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Perlaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah sebagai satu platform tunggal maklumat profil individu dan isi rumah di Malaysia. PADU berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat. Pembukaan kaunter fizikal pengisian PADU di PEDi Kg Jabi supaya komuniti dapat hadir untuk mendaftar dan mengisi PADU dengan pegawai yang terlibat.

 

 

Gambar Selanjutnya