TARIKH     : 13 FEBRUARI 2024

MASA        : 10.30 AM - 12.30 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2024 02 17 17 30 46

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet tanpa bantuan orang lain.

 

Aktiviti 

Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada komuniti yang ingin membuat permohonan pengisian tanah pusaka di laman web Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) MyeTapp bagi pembahagian harta pusaka yang dibuat secara atas talian. Pengunjung mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. 

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 07 FEBRUARI 2024

MASA        : 10.00 AM - 05.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 157 ORANG

 

WhatsApp Image 2024 02 07 at 17.47.17 faa01026

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Perlaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah sebagai satu platform tunggal maklumat profil individu dan isi rumah di Malaysia. PADU berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat. Pembukaan kaunter fizikal pengisian PADU di PEDi Kg Jabi supaya komuniti dapat hadir untuk mendaftar dan mengisi PADU dengan pegawai yang terlibat.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 03 FEBRUARI 2024

MASA        : 10.30 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2024 02 12 09 04 22

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet tanpa bantuan orang lain.

 

Aktiviti 

Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang ingin membuka laman web Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) untuk membuat semakan gaji. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara menggunakan Whatsapp Dekstop untuk memudahkan menghantar dan menyimpan fail. 

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 06 FEBRUARI 2024

MASA        : 02.30 PM - 05.30 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 5 ORANG

 

photo 2024 02 12 09 06 27

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Pengunjung yang datang ingin mempelajari mengenai cara menggunakan Microsoft Word. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengunjung tersebut mengenai asas microsoft word untuk menulis surat dan menyimpan dokumen. Dalam masa yang sama, petugas juga memberi tunjuk ajar cara menggunakan whatsapp web bagi penghantaran dokumen untuk mencetak. Selain itu, petugas memberi tunjuk ajar kepada pengunjung cara mendaftar Touch 'n Go eWallet untuk tuntunan eMADANI. Akhir sekali, petugas memberi tunjuk ajar kepada adik-adik pelajar sekolah rendah dalam permainan pembelajaran sebagai aktiviti cuti sekolah.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 26 JANUARI 2024

MASA        : 03.00 PM - 05.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2024 01 28 08 58 25

 

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet tanpa bantuan orang lain.

 

Aktiviti 

Pengunjung yang datang ingin mempelajari mengenai cara menggunakan Microsoft Word. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengunjung tersebut mengenai asas microsoft word untuk menulis surat dan menyimpan dokumen. Dalam masa yang sama, petugas juga memberi tunjuk ajar cara menggunakan whatsapp dekstop bagipenghantaran dokumen untuk mencetak.

 

 

Gambar Selanjutnya