TARIKH : 19-20 APRIL 2021 MASA : 10.00 - 11.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang celik IT dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti untuk membuka laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang secara atas talian bagi tujuan pengemaskinian maklumat pelajar prasekolah. Permohonan kemasukan pelajar prasekolah bagi tahun 2022 mestilah melalui secara atas talian dan setelah pengisian sudah dibuat haruslah dicetak untuk menghantar borang di sekolah masing-masing bersama dokumen sokongan lain yang dinyatakan. Komuniti berjaya mengisi borang tersebut secara atas talian.
TARIKH : 13 APRIL 2021 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang mahir dan kreatif dalam penggunaan Canva untuk tujuan design.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara menggunakan Canva untuk membuat design banner bagi perniagaan ayam golek pada bulan Ramadhan. Beliau memilih warna bagi keseluruhan page tersebut serta memilih design yang kreatif. Usahawan tersebut berjaya mereka design banner tersebut dengan design yang sangat cantik.
TARIKH : 03 APRIL 2021 MASA : 11.00 - 1.00 PETANG LOKASI : LATA BELATAN PESERTA : 50 ORANG |
TUJUAN
Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya jangkitan Covid-19 serta pentingnya pengambilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu.
AKTIVITI
Petugas mengagihkan pamplet kesedaran Vaksin Covid-19 " Daftarlah Sekarang #mysejahtera ". Petugas bersama-sama dalam program Malaysia Prihatin untuk berusaha meningkatkan kesedaran dan bergerak bersama untuk menghentikan wabak Covid-19. Petugas dijemput oleh pihak KRT Jabi untuk mempromosikan kesedaran Vaksin Covid-19.
TARIKH : 10 APRIL 2021 MASA : 4.00 - 5.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk melahirkan komuniti yang peka dengan aplikasi secara website menggunakan komputer..
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web dengan scan bar code dan pengunjung berjaya mencetak keluar dokumen dari aplikasi tersebut secara atas talian menggunakan komputer. Seterusnya, pengunjung tersebut juga mengisi borang maidam untuk mendapatkan bantuan awal pengajian tinggi.
TARIKH : 01-16 APRIL 2021 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang sentiasa peka dengan maklumat teknologi terkini serta maklumat semasa negara.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada kepada pengunjung yang ingin mendaftar aplikasi MySejahtera dan Vaksin bagi Covid-19. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Tiada lagi alasan untuk mendaftar untuk vaksinasi apabila kini aplikasi MySejahtera sudah membolehkan pendaftaran nama tanggungan, khususnya mereka yang berdepan cabaran teknologi. Kita sudah boleh tolong mendaftar kepada waris kita sama ada anak, isteri, ibu, ibu mertua, atuk atau ahli keluarga yang kata sukar untuk akses internet, atau mungkin telefon tidak canggih.