PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI SIRI 3 2017

TARIKH

 17 & 18 NOVEMBER 2017

MASA

 9.30 - 3.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

46 ORANG

 

IMG 4588 IMG 4623

 

TUJUAN

Memperkenalkan dan mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Program ini banyak membantu memberi kemudahan kepada komuniti serta pengunjung Pusat Internet 1Malaysia( PI1M). Antara kemudahan yang terdapat dalam Dashboard Komuniti ini termasuklah My Health, My Shop, My Place, My Soal, My Komuniti dan My Skool. Kemudahan yang terdapat didalam Dashboard ini masih ramai yang tidak mengetahui serta tidak tahu cara menggunakan Dashbaord Komuniti ini.

 

AKTIVITI

Pendaftaran dibuat melalui staff PI1M beserta dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang hadir iaitu dengan menggunakan modul My Health. Seterusnya diikuti dengan program MY Soal dan My Komuniti. Disini pengunjung boleh membuat pengumuman umum kepada warga komuniti setempat dengan menggunkan modul My Komuniti. Segala bentuk penyebaran maklumat hanya melalui posting di My Komuniti tanpa perlu keluar untuk membuat hebahan maklumat. Pengunjung juga diberi taklimat tentang My Soal bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah didaftarkan. My Soal bertujuan untuk membuat sebarang aduan atau penambahbaikan kepada PBT setempat. Tidak terkecuali kepada ahli perniagaan atau yang berminat untuk menjalankan perniagaan, My Shop merupakan kaedah yang paling selamat dan dipercayai untuk membuat sebarang pengiklanan produk atau perkhidmatan tanpa kos bayaran yang tersembunyi.Selain itu, kita juga turut menyediakan pertandingan gubahan tuala yang disediakan oleh pihak PI1M. Seramai 36 orang peserta yang terlibat iaitu dari Persatuan Ibu Tunggal dan Puteri Wanita. Program ini diadakan selama 2 hari dimana pada hari kedua, peserta seramai 10 orang iaitu terdiri daripada kanak-kanak. Aktiviti untuk kanak-kanak yang dijalanakn termasuklah My Health,aktiviti Maze, aktiviti Puzzle, dan pertandingan Kahoot. Semua mendapat sambutan yang menggalakan serta memberi kerjasama dengan baik.

 


I- HEALTH & PROMOSI 'BOINK BALL'

TARIKH

 08 NOVEMBER 2017

MASA

 4.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 8 ORANG

 

23555438 1679389278758231 1697674155 o

 

TUJUAN

Pengenalan kepada penggunaan Ihealth dan pemeriksaan tekanan darah tinggi serta timbang berat badan boleh dibuat di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

 

AKTIVITI

Pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan boleh dilakukan secara berskala bagi mendapatkan berat badan yang ideal serta tekanan darah yang normal. Pendedahan info kesihatan juga amat penting kepada semua termasuk pengunjung dan pengguna PI1M yang dapat menikmati kemudahan yang ada di PI1M. Selain itu, promosi permainan game online iaitu 'Boink Ball' turut dijalankan.

 


 

MY KOMUNITI - 'ANNOUNCEMENT'

TARIKH

 07 NOVEMBER 2017

MASA

 4.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 8 ORANG

23547024 1679389132091579 1478815284 o

 

TUJUAN

Memperkenalkan Dashboard Komuniti dan 'Announcement' Komuniti kepada pelajar sekolah.

 

AKTIVITI

Pelajar membuat pengumuman melalui My Komuniti 'Announcement'. Sebarang maklumat atau berbentuk pengumuman boleh dikongsi melalui My Komuniti agar semua komuniti setempat dapat melihat pengumuman tersebut. 

 


 

PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH & TIMBANG BERAT BADAN

TARIKH

 05 NOVEMBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4467

 

TUJUAN

Pemeriksaan tahap tekanan darah dan berat badan secara mingguan/bulanan.

 

AKTIVITI

Membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan terhadap pelajar dan pengunjung. Mengetahui tahap kesihatan secara terkawal serta tidak perlu mendapatkan rawatan susulan ke klinik untuk pemeriksaan tekanan darah. Pendidikan kesihatan juga amat perlu bagi mendapatkan kesihatan yang seimbang dan terkawal dari masa ke semasa.

 


 

KLIK DENGAN BIJAK - AKTIVITI 'SEACRHING'

TARIKH

 03 NOVEMBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 10 ORANG

 

22853206 1156893417780830 5625522280458849983 n

 

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar teknik mencari bahan maklumat dengan bijak serta perlu mengetahui blog-blog, laman web serta pautan info yang sahih dan tepat.

 

AKTIVITI

Pelajar mencari bahan maklumat untuk dijadikan rujukan kerja kursus serta untuk persediaan peperiksaan akhir tahun. Mereka juga digalakkan mencari info yang tepat dan tidak menyalahgunakan artikel iaitu tidak mengambil bulat-bulat dari internet untuk dijadikan bahan persiapan kerja kursus sebaliknya hanya dijadikan rujukan untuk bahan kerja kursus. Hal ini bagi menggelakkan palagiat yang sedang berlaku pada masyarakat kini.

 


 

LATIHAN ASAS EREZEKI SIRI 1- NOV 2017 

TARIKH

 02 NOVEMBER 2017

MASA

 10.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG PANTAI

PESERTA

 12 ORANG

 

 23312963 1671061689590990 1703958532 o

 

TUJUAN

Memberi peluang menjana pendapatan sampingan secara digital mahupun bukan digital.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat asas erezeki dan membuat pendaftaran sebagai ahli erezeki sebelum memulakan aktiviti kerja sampingan. Selain itu juga, memberi penerangan platform-platform rakan kongsi erezeki yang dipercayai dan berdaftar dengan pihak Erezeki. Seramai 12 orang dari peserta Amanah Ikhtiar Kg Pantai, Kuala Besut. Kerjasama dilakukan antara Pi1m Seberang Jerteh, Pi1m Kg Jabi dan Pi1m Kg Pantai.

 


 

 

    • INTEL EASY STEPS
    • MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN
    •  

    TARIKH

     27 SEPT 2017

    MASA

     2.00 - 4.00 PETANG

    LOKASI

     PI1M KG JABI

    PESERTA

     9

     

73

 

  • TUJUAN

    Memahami asas komputer

    Memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia

     

    AKTIVITI

    Komputer merupakan sebahagian penting daripada kehidupan harian dalam dunia hari ini. Ramai orang menggunakan komputer untuk menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, menyimpan gambar dan muzik, memain permainan dan berkomunikasi dengan orang lain. Komputer telah mengubah cara kita bekerja dan hidup. Kursus ini direka untuk membantu pelajar ini membangunkan kemahiran baru yang membolehkan mereka menggunakan komputer untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah, dan menyelidik, mengumpul, menyusun serta berkongsi maklumat.

  • Kursus ini menyediakan pelbagai pengalaman langsung untuk menjelajah dan menemui aplikasi komputer asas. Namun begitu, ada diantara pelajar ini berhadapan dengan masalah  komputer buat kali pertama tidak biasa dengan bahagiannya atau cara mengerjakannya. Dalam modul ini, pelajar juga diberitahui tentang bahagian-bahagian asas komputer dan fungsinya, sistem operasi dan cara melaksanakan beberapa tugas komputer yang mudah.

     

    • INTEL EASY STEPS
    • MODUL 6 - 10: PENGENALAN KEUSAHAWANAN

    TARIKH

     27 SEPT 2017

    MASA

     4.00 - 6.00 PETANG

    LOKASI

     PI1M KG JABI

    PESERTA

     9

     

  • 72
  • TUJUAN

    Memahami dan menggunakan aplikasi berasaskan web seperti Carian Internet (Internet Search), E-mel, Mesej Segera (Instant Messaging) dan Dokumen Kerjasama (Collaborative Documents).

    Berkomunikasi, bekerjasama dan mencipta produk seperti brosur, risalah, belanjawan, laman web dan lain-lain yang berguna dalam kehidupan peribadi, pekerjaan atau permulaan dan pengurusan perniagaan kecil

     

    AKTIVITI

    Dalam kursus Intel® Learn Easy Steps ini, pelajar  mempelajari asas penggunaan komputer melalui siri pelajaran mudah. Dalam modul awal kursus,pelajar juga  diperkenalkan kepada cara komputer beroperasi serta aplikasi perisian asas. Untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berfaedah, modul-modul berikutnya menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan tema pekerjaan dan keusahawanan. Pelajar juga diberi peluang  mempelajari cara menggunakan komputer dengan melakukan aktiviti yang membantu membangunkan kemahiran teknologi serta menunjukkan cara menggunakan kemahiran asas keusahawanan dalam kehidupan seharian, pekerjaan atau membuka perniagaan kecil.

 


  • INTEL EASY STEPS
  • MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN

TARIKH

 11 SEPT 2017

MASA

 2.00 - 4.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 13

 

75

 

TUJUAN

Intel® Learn Easy Steps merupakan kursus yang direka untuk membantu anda mempelajari langkah-langkah asas tentang cara menggunakan komputer dengan berkesan serta mengaplikasi kemahiran komputer dalam kehidupan harian anda.

 

AKTIVITI

Melakukan suntingan imej atau pengeditan gambar menggunakan aplikasi yang sudah tersedia dalam komputer iaitu PAINT. Membuat lakaran poster dengan menggunakan PAINT. Walaupun nampak mudah tetapi agak sukar dan tidak dapat buat dengan betul cara penggunaan sekiranya tidak diajar dan dipraktikkan selalu. Aktiviti rekacipta poster ini dilakukan oleh Pelajar Menengah dari sekolah Asrama PERKAYA di besut ini. Seramai 13 orang yang terlibat dengan kelas Intel ini.

 

  1. INTEL EASY STEPS
  2. MODUL 6 - 10: PENGENALAN KEUSAHAWANAN

TARIKH

 11 SEPT 2017

MASA

 4.00 - 6.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 13

 

74


TUJUAN

Kemahiran teknologi yang dipelajari dalam kursus ini akan membantu anda memulakan dan menguruskan perniagaan dengan cekap. Dalam modul ini, anda akan menerokai konsep keusahawanan dan membangunkan idea perniagaan sendiri dengan Kemahiran Pemprosesan Kata.

 

AKTIVITI

Menerangkan konsep keusahawanan, ramai diantara anak muda sekarang menceburi bidang perniagaan termasuk pelajar sekolah. Masyrakat kini, disekolah juga pelajar sudah dilatih dengan konsep keusahwanan melalui koperasi yang dikendalikan oleh pelajar sekolah itu sendiri.Disini juga tidak terkecuali pelajar PERKAYA turut didedahkan dengan konsep keusahawanan iaitu selari dengan kemajuan teknologi masa kini. Mereka diajar membuat peta minda tentang konsep perniagaan yang akan dijalankan. Melalui lakaran peta minda ini membuatkan pelajar Nampak dengan jelas laluan dalam bidang keusahawanan.

 


 

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI 2017

TARIKH

 10 & 11 SEPT 2017

MASA

 9.30 - 3.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 30

 

TUJUAN

  • Memperkenalkan Sistem Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Setakat ini terdapat 6 modul dalam system ini iaitu My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Shop dan My Place. Sistem ini memberi kemudahan kepada komuniti setempat kerana dalam sistem ini meliputi semua perkara yang boleh hanya diakses melalui sistem ini.

 

AKTIVITI

  • Install Aplikasi Dashboard Komuniti melalui Smart Phone . Seramai 16 orang peserta yang berjaya install melalui smart phone masing-masing. 6 peserta usahawan membuat iklan produk dan perkhidmatan ke dalam Sistem My Shop sebagai salah satu saluran bentuk promosi.Para peserta juga berpeluang membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terdapat pelbagai permasalahan kawasan sekitar tempat kediaman mereka.
  • Aktiviti bagi pelajar menengah dan ke atas adalah membuat Poster Sempena Hari Kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi PAINT dalam komputer. Aktiviti sebegini amat sesuai dengan golongan mereka dan memcungkil bakat serta memerlukan kemahiran yang tinggi.Seramai 30 orang peserta yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Program Dashboard Komuniti Pi1m Kg Jabi. Peserta juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan iaitu Pemeriksaan Tekanan Darah dan menimbang berat badan.

 

I HEALTH

55

 

MY SHOP

56

 

INSTALL DASHBOARD KOMUNITI

57

 

POSTER KEMERDEKAAN

58

 


 

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI BULAN OKTOBER - I HEALTH

TARIKH

 29 OKTOBER 2017

MASA

 3.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4444

 

TUJUAN

Memberi kemudahan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengguna & pengunjung yang datang ke Pusat Internet 1Malaysia. Mereka tidak perlu untuk ke klinik mahupun hospital untuk membuat pemeriksaan Tekanan Darah & Timbang Berat Badan yang perlu menjadi rutin bulanan mereka.

 

AKTIVITI 

Pemeriksaan kesihatan diberikan kepada pengunjung bagi mengetahui tahap kesihatan mereka bagi memastikan kesihatan berada ditahap yang terkawal.

 


 

ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT - CARIAN MAKLUMAT

TARIKH

 26 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 12 ORANG

 

261003

 

TUJUAN

Memberi kemudahan capaian internet kepada pelajar.

 

AKTIVITI

Bantuan carian lokasi menggunakan 'Google Map' & maklumat untuk kerja kursus bagi pelajar sekolah menengah. Pelajar diberi pendidikan secara atas talian dengan mudah.

 


  

APLIKASI PEMBELAJARAN - 'CODING SOURCES'

TARIKH

 26 OKTOBER 2017

MASA

 8.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 SMKTM 2

PESERTA

 25 ORANG

 

26103

 

TUJUAN

Memberi perkhidmatan bantuan pembelajaran 'Coding Sources' Menggunakan Atom & Mamps -  Mysql & Apache Server  kepada pelajar SMKTM 2 yang mengikuti pertandingan mewakili peringkat sekolah, daerah dan negeri Terengganu.

 

AKTIVITI

Coding Bahasa untuk Notepad++, html dan CSS dengan menggunakan Atom & Mamps - Myqal & Apache Server. Staff Pi1m memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi memberi bantuan kepakaran dengan sistem coding.

 


 

PENGENALAN KEPADA PENGGUNAAN KOMPUTER & INTERNET

TARIKH

 25 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 12 ORANG

 

25103

 

TUJUAN

Menggalakkan pelajar mempelajari penggunaan komputer dalam pembelajaran terutama pada masa kini yang memerlukan kemahiran dalam perkomputeran. Selain itu memberi pendedahan kepada pelajar agar para pelajar mengetahui perkembangan terkini dengan berita semasa hanya dengan melayari internet.

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada 12 orang dari Asrama PERKAYA. Memberi bantuan carian maklumat bagi menyiapkan tugasan kursus, terutama cara mendapatkan 'coordinate' tempat dengan menggunakan 'Google Map'.

 


 

PENGHASILAN BUKU SKRAP

TARIKH

 24 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6 ORANG

 

24103

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar, penggunaan komputer dan internet serta celik it dalam aktiviti harian.

 

AKTIVITI

Pelajar ini merupakan pelajar Tahun 6 SK Jabi, perlu menghasilkan buku skrap secara individu. Pendedahan pencarian maklumat diberikan untuk penghasilan buku skrap yang padat dengan isi serta menghasilkan idea yang kreatif.

 


 

PROGRAM NEGARAKU@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH BESUT

TARIKH

 21 OKTOBER 2017

MASA

 8.00 - 3.30 PETANG

LOKASI

 DEWAN TERBUKA KG DARAU

PESERTA

 280 ORANG

 

21101

 

TUJUAN

Program Negaraku@Komuniti peringkat daerah Besut dan program Pewaris muda peringkat negeri 2017 dimana program ini melibatkan pelbagai 'booth' badan -badan kerajaan, NGO, dan pihak swasta bersama turun padang bagi menjayakan program ini. Penglibatan Pi1m juga memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi komputer dan internet. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PI1M antaranya ialah permainan Puzzle Dashboard,Klik Dengan Bijak, Maze, Kuiz & Silang Kata, Musang Berjanggut serta Meneka Rempah. Aktiviti pertandingan ini disediakan bagi menarik pengunjung untuk datang ke 'booth' Pi1m bagi menyertai aktiviti yang diadakan dengan hadiah yang menarik turut disertakan. Selain itu, Pi1m juga membuat cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. Seramai 176 peserta yang turut serta dalam pertandingan ini dan seramai 280 orang pengunjung yang datang ke program ini.

Atucara aktiviti adalah seperti berikut :-

Acara

Puzzle Dashboard   

KDB

        Maze 

Kuiz & Silang kata

Musang Berjanggut

Meneka Rempah

Masa

8:00 - 9:00

9:00- 10:00

10:00-11:00

11:0 - 12:00

12:00 - 1:00

1:00-2:00

Peserta

20

20

20

20

20

20

 

 21108 21106 21103


 

DESTOP PUBLISHING - TYPING MICROSOFT WORD

TARIKH

 21 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 2 ORANG

 

IMG 4441

 

TUJUAN

Membuat petak dan 'copy paste' dengan menggunakan Microsoft Word. Sesuatu pembelajaran yang baru kepada mereka yang baru mengenali penggunaan komputer.

 

AKTIVITI

Belajar membuat petak dan 'copy paste' dalam penggunaan Microsoft Word untuk membuat iklan promosi produk keluaran tempatan yang diusahakan oleh ibu tunggal.

 


 

PEMBELAJARAN BERKUMPULAN

TARIKH

 16 OKTOBER 2017

MASA

 10.30 - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4437

 

TUJUAN

Pembelajaran berkumpulan merupakan teknik pembelajaran yang kreatif kerana mereka bersama-sama mengeluarkan idea dan pendapat yang berbeza. Melalui pelbagai idea dan pendapat mereka juga dapat berkongsi ilmu dan setiap kebolehan yang ada pada setiap orang pelajar.

 

AKTIVITI

Membuat tugasan secara berkumpulan dan membahagikan tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Mereka belajar disini kerana tempat yang sangat selesa serta memudahkan mereka untuk memcari maklumat kerana terdapat kemudahan komputer dan internet.

 


 

PENGENALAN KEPADA INTERNET

TARIKH

 14 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6 ORANG

 

14102

 

TUJUAN

Penggunaan internet dengan betul serta cara penggunaan komputer dengan bijak dan pantas .

 

AKTIVITI

Pelajar diberitahu tatacara penggunaan internet dengan betul iaitu pencarian maklumat mestilah dari bahan yang sahih. Selain itu juga, mereka turut diajar cara menaip dengan pantas dan penggunaan internet hanyalah untuk aktiviti pembelajaran mereka serta tidak menyalahi penggunaan yang tidak memberi manfaat.

 


 

ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

TARIKH

 11 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 8 ORANG

 

11102

 

 

TUJUAN

Bantuan carian maklumat untuk membuat kerja kursus bagi pelajar Sekolah Menengah .

 

AKTIVITI

Pelajar mendapatkan data maklumat bagi menyiapkan tugasan kerja kursus dengan mendapatkan kemudahan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia serta bantuan tunjuk ajar dari staf pi1m. Pencarian maklumat tentang kerja kursus merangkumi artikel yang tepat serta maklumat yang sahih untuk dijadikan bahan rujukan dalam kerja kursus mereka.Kebanyakan pelajar dari Tingkatan satu sehingga Tingkatan 5. Pelajar Tingkatan 1 juga sudah diberi pendedahan awal tentang kerja kursus mereka dengan mendapatkan maklumat melalui internet.

 


 

PENCARIAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN 'GOOLGE SEARCH ENGINE'

TARIKH

 07 OKTOBER 2017

MASA

 10.30 - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6 ORANG

 

IMG 4434

 

TUJUAN

Pencarian maklumat dengan menggunakan 'Google Search Engine' bagi mendapatkan data atau laporan, imej dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Pelajar membuat tugasan sekolah dengan mendapatkan data melalui internet serta menggunakan Microsoft Word sebagai lampiran tugasan. Mereka menggunakan 'Google Search Engine' untuk mendapatkan artikel atau sebarang maklumat yang dikehendaki.

 


 

GOTONG ROYONG PERDANA MASJID KG JABI

TARIKH

 05 OKTOBER 2017

MASA

 8.00 - 11.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 PENDUDUK KG JABI

 

22292292 1644349452262214 1562731679 o

 

TUJUAN

Membersihkan Masjid dan kawasan sekitar masjid bersama penduduk untuk keselesaan bersama.

 

AKTIVITI

Penduduk setempat bersama-sama turut menjalankan aktiviti gotong royong dengan membersihkan kawasan dalam masjid dan diluar masjid. Dengan aktiviti ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama penduduk kerana hampir semua penduduk turun padang menjayakan program ini kerana Masjid Kg Jabi ini merupakan Masjid utama dikampung ini.

 


 

DESTOP PUBLISHING - 'COPY EDITING' MICROSOFT WORD

TARIKH

 02 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4426

 

TUJUAN

Destop Publishing iaitu mengetahui penggunaan asas komputer melalui penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft Word.

 

AKTIVITI

Mencari artikel atau laporan bergambar dan membuat ‘copy paste’ ke dalam Microsoft Word. Mereka juga turut belajar membuat suntingan imej menggunakan Microsoft Word. Pelajar yang terlibat adalah seramai 5 orang dari pelajar Tingkatan 2  dari SMK.Jabi.

 


 

 

 

  • LITERASI DIGITAL
  • MODUL : KDB/KLIK DENGAN BIJAK 

TARIKH

 30 OGOS 2017

MASA

 2.30 -4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5

  •  

61

  • TUJUAN

Penghasilan video Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun. 

 

AKTIVITI

Menggalakkan pelajar bersemangat wajar serta tanamkan sifat kemerdekaan dalam diri masing - masing bagi memperteguhkan jati diri kepimpinan.

Melakukan aktiviti penghasilan video sempena menyambut kemerdekaan yang ke 60 tahun.

  • Menggalakan pelajar berfikiran kreatif serta puitis dalam menghasilkan sesuatu skop tugasan.

 


 

    • E-PERNIAGAAN
    • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
    • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 4

TARIKH

 21 OGOS 2017

MASA

 9.30 -12.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 4

 

62

 

TUJUAN

  • Memberi peluang pekerjaan kepada semua yang ingin mencari pendapatan lebih mahupun sedang mencari kerja. Jenis pekerjaan atas talian mahupun secara offline.

 

AKTIVITI

  • Kebiasaan kelas diadakan pada hari minggu atau pun atas perbincangan bersama peserta yang kelapangan.Hanya dua sesi sahaja dilakukan setiap minggu.Petugas terdiri daripada Pengurus mahupun Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) dan mengikut tarikh hari bekerja staf PI1M.

 


 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 3

TARIKH

 18 OGOS 2017

MASA

 9.30 -12.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 2

 

63

 

TUJUAN

  • Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini. Pi1m Kg Jabi merupakan salah satu wakil daripada pusat Erezeki yang terpilih untuk mengadakan kelas/taklimat erezeki.

 

AKTIVITI

  • Terdiri daripada 2 orang peserta dimana salah seorang peserta merupakan seorang usahawan yang berjinak dalam dunia perniagaan dan salah satu lagi merupakan seorang penganggur lepasan university yang sedang mencari pekerjaan. Taklimat erezeki ini amat bermanfaat kepada mereka berdua kerana kedua-duanya ingin mencari pendapatan sampingan sekiranya tiada komitment lain untuk dibuat.

 


 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 2

TARIKH

 14 OGOS 2017

MASA

 9.00 -2.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 4

 

64

 

TUJUAN

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

 

AKTIVITI

Seramai 4 orang dalam satu sesi iaitu terdiri daripada golongan ibubapa dan belia. Mereka berminat dengan kelas erezeki ini kerana berpeluang untuk menceburkan diri dalam dunia pernigaan serta mencari pendapatan sampingan secara atas talian.

Kelas diadakan juga atas perbincangan bersama peserta dan tenaga pengajar Pi1m.

 


 

  • INTEL EASY STEPS
  • MODUL 6-10 : ASAS KEUSAHAWANAN

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 2.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6

 

65

 

TUJUAN

Untuk menggalakkan para peserta terlibat dengan aktiviti keusahawanan dan menceburkan diri dalam perniagaan serta mengetahui selok belok arena dunia pemasaran perniagaan.

 

AKTIVITI

Untuk Asas Keusahawanan terdapat 6 Modul iaitu bermula dengan Modul 6 sehingga Modul 12 iaitu Pengenalan Keusahawanan, Pengurusan Wang dan Kewangan, Pelan Pemasaran, Penjenamaan, Bahan Pemasaran, Pemasaran Dalam Talian dan Mengumpul Maklumat Balas Dalam Talian. 6 orang peserta yang menyertai Kelas keusahawanan ini yang terdiri daripada golongan ibubapa.

Sesi kali ini hanya tertumpu kepada Pengenalan Keusahawanan iaitu Modul 6, ini kerana kebanyakan golongan ibubapa ini tidak mampu bertahan selama satu hari di Pi1m kerana masing-masing mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Kebiasaaanya akan bersambung untuk kelas yang seterusnya bagi meneruskan modul seterusnya.

 

  • INTEL EASY STEPS
  • MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 9.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6

 

66

 

TUJUAN

Kursus Asas iaitu menyediakan pengetahuan untuk kejayaan dalam dunia digital. Untuk menggalakkan para peserta meceburkan  diri dalam bidang teknologi serta mengetahui asas perkomputeran yang menjadi teras kemajuan masa kini.

 

AKTIVITI

Modul ini merupakan pengenalan asas perkomputeran. Kebiasaan kelas Intel diadakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu kerana pembelajaran ini mengambil masa dua hari bagi mengikuti modul tersebut. Namun begitu mengikut kelapangan masa pelajar.

  • Terdapat 15 modul dalam Intel Easy Step. Untuk pengenalan operasi komputer terdiri daripada modul 1 sehingga modul 5 iaitu, Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi, Memperkenalkan Internet dan Email, Pengenalan Pemprosesan Kata, Pengenalan Lembaran Elektronik,serta Pengenalan Multimedia. Seramai 6 orang peserta yang terlibat untuk sesi kelas kali ini.

 

 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 1

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 9.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 10

 

67

 

TUJUAN

  • Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

 

AKTIVITI

Taklimat erezeki ini juga terdiri daripada persatuan ibu tunggal untuk mencari pendapatan lebih.Maximun 10 orang terlibat setiap per sesi kelas erezeki diadakan.Kebiasaanya kelas akan diadakan pada hujung minggu dan juga mengikut kelapangan waktu peserta.

 


 

  • LITERASI DIGITAL
  • MODUL : KDB/KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH

 10 OGOS 2017

MASA

 3.00 - 4.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 

 

68

 

TUJUAN

Menggalakkan peserta atau pengunjung ke Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Klik Dengan Bijak iaitu tidak menyebarkan sebarangan maklumat yang tidak sahih dan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dengan bijak dan berkesan.

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

 

AKTIVITI

  • Melakukan aktiviti Rekacipta Projek Sains iaitu Bina Atom Molekul.Hasil kerja dilakukan oleh segelintir pelajar Tingkatan 2. Perbincangan secara berkumpulan dan menyiapkan tugasan sekolah serta klik dengan bijak dalam pencarian maklumat tugasan.

 


 

  • ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
  • MODUL : PENGENALAN KEPADA INTERNET 

TARIKH

 02 OGOS 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 10 

 

69

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.

Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 

AKTIVITI

  • Memberi bantuan carian maklumat kepada pelajar sekolah menengah iaitu PT3 dan pelajar SPM bagi menyiapkan kerja kursus mereka. Selain itu juga memberi tunjuk ajar penggunaan komputer dan internet dengan betul.