TARIKH : 24 MEI 2019 MASA : 3.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 7 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan komuniti yabg mengunjung untuk memahami dengan lebih lanjut dan klik dengan bijak apabila menggunakan internet dan search engine supaya mereka terhindar daripada sebarang ralat dan penyalahgunaan internet.
AKTIVITI
Petugas memberi taklimat kepada pengunjung cara-cara untuk menggunakan komputer dan internet dengan betul. Selain itu, pengunjung di ajar untuk mencari maklumat di dalam internet dengan menggunakan 'keyword' yang berkaitan dengan pencarian maklumat supaya maklumat yang ingin diperolehi mudah dicari dan menepati dengan kerja yang ingin diselesaikan. contohnya, pencarian gambar untuk dimasukkan di dalam aplikasi microsoft.
TARIKH : 20 MEI 2019 MASA : 5.00 PETANG- 8.00 MALAM LOKASI : ASRAMA PERKAYA PONDOK PAKU PESERTA : 103 ORANG |
TUJUAN
Untuk memupuk silaturrahim antara warga PERKAYA Pondok Paku dan penganjur program Santai Iftar Ramadhan.
AKTIVITI
Memberi taklimat mengenai program Santai Iftar Ramadhan, menyediakan juadah berbuka puasa untuk warga PERKAYA dan para penganjur program serta tetamu undangan Dato dan Datin yang merasmikan program tersebut. Para warga PERKAYA juga diberi sumbangan wang dan beras oleh Dato dan Datin serta pihak-pihak NGO yang tertentu. Dato dan Datin juga memberikan sumbangan duit raya kepada semua pelajar PERKAYA sebelum cuti sesi persekolahan pada kali ini. Akhir sekali, solat jemaah maghrib dilakukan bersama serta di teruskan dengan majlis berbuka puasa.
TARIKH : 11 MEI 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang mahir dan kreatif dalam penggunaan aplikasi pengeditan gambar.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Office 2010 dengan memilih lampiran bergambar dalam fail yang telah di tetapkan. Pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah dan pengunjung juga turut diajar cara membuat pengeditan gambar dengan kreatif, efektif dan berkesan menggunakan Microsoft Office 2010 supaya mereka dapat mendalami cara-cara mengedit gambar dengan betul. Mereka juga diajar cara-cara mencari gambar yang bersesuaian dengan tugasan mereka dengan menggunakan keyword "png" supaya gambar boleh disesuaikan dengan pelbagai latar belakang yang ingin digunakan.
TARIKH : 16 MEI 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Memupuk pengguna yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan internet dan usaha ingin belajar sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
AKTIVITI
Memberi bantuan cara pengisian borang maidam dan yayasan secara atas talian dengan menyediakan maklumat yang tepat dan cara pengisian yang betul tanpa perlu membuang masa yang lama untuk mengisi sesuatu borang. Pengguna juga didedahkan dengan perkembangan semasa agar tidak ketinggalan dalam pengisian borang bagi mengelakkan terlebih tamat tempoh sesuatu borang. selain itu, pada hari tersebut, seramai 2 orang komuniti menjalani peperikaan SPA secara online bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred 41.
TARIKH : 06 MEI 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar dan komuniti yang celik it serta berpotensi mengendalikan dokumen atas talian secara efektif dan berkesan melalui penggunaan aplikasi whatsapp web untuk tujuan mencetak dan memuat naik dokumen melalui aplikasi whatsapp.
AKTIVITI
Pelajar dan komuniti didedahkan dengan cara penggunaan kecanggihan internet masa kini dengan menggunakan kaedah Wassap Web untuk tujuan lampiran gambar - gambar atau dokumen pdf daripada whatsapp. Selain tu, pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke tahap universiti juga di ajar cara menghantar dokumen daripada pc ke dalam whatsapp. Mereka dibantu cara-cara untuk scan pr code yang dapat menghubungkan whatsapp dengan web whatsapp pc. jadi, hal ini akan memudahkan pelajar untuk mencetak dokumen yang dihantar melalui aplikasi whatsapp.