TARIKH : 12 JUN 2019 MASA : 3.00 - 5.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 15 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan internet dan search engine. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan internet sebagai asas untuk tujuan harian dan menyelesaikan tugasan sekolah.
AKTIVITI
Pelajar-pelajar dari SMK Jabi yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 menggunakan komputer untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus mereka iaitu subjek Sejarah. Peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang diberi tunjuk ajar oleh petugas pusat internet cara-cara untuk memuat turun gambar dan artikel yang berkaitan dengan tugasan sekolah mereka. mereka turut diajar mempelajari asas Microsoft Word di mana tugasan sekolah mereka memerlukan mereka menaip dan mencetak. Mereka diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word.
TARIKH : 02 JUN 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Untuk menggalakkan para pelajar menghasilkan kad raya secara manual dengan kreatif berdasarkan engine carian dan supaya kaedah lama dalam penghasilan kad raya tidak ditinggalkan.
AKTIVITI
Petugas PI menyediakan peralatan menulis seperti marker dan pen serta kertas warna untuk menghasilkan kad raya mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga menggunakan engine carian untuk mencari ayat-ayat kad raya yang ingin ditujukan kepada Pusat Internet Kg Jabi. Setelah selesai menghasilkan kad raya tersebut, petugas PI memberi hadiah berupa buku nota kepada pelajar tersebut.
TARIKH : 26 MEI 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan cara penggunaan emel dan buka Akaun Emel untuk tujuan rasmi dan komunikasi atas talian, terutama lepasan SPM & STPM yang banyak akan mengisi borang secara atas talian. Pada masa kini banyak menggunakan kaedah komunikasi penulisan untuk tujuan rasmi dan aktiviti harian. Mereka juga di ajar cara-cara untuk menyelesaikan tugasan mereka menggunakan web carian.
AKTIVITI
Memberi taklimat cara penggunaan emel kepada peserta yang terdiri daripada lepasan sekolah seramai 6 orang. Mereka juga diajar cara buka Akaun Emel dan cara menggunakan emel dengan betul serta menghantar gambar dan dokumen melalui email. Selain itu, mereka turut diberi maklum tentang laman-laman web rasmi kerajaan rasmi terutama untuk permohonan kemasukan ke UPU dan juga laman web jawatan kosong kerajaan seperti SPA8i. Terkini, ramai pelajar mengisi borang MAIDAM serta Yayasan Negeri Terengganu untuk memohon bantuan pendidikan ke IPTA/IPTS.
TARIKH : 31 MEI 2019 MASA : 10.00 - 12.00 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti Keusahawanan menyediakan pakej untuk komuniti memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciriāciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing dengan menggunakan teknologi moden iaitu smartphone dan pc supaya mereka celik IT.
AKTIVITI
Perugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti dan usahawan cara-cara mempromosikan produk menggunakan platform yang terkenal pada masa kini iaitu Instagram dan Facebook. Mereka juga diajar cara-cara untuk menarik followers ke platform promosi mereka dengan membuat gambar-gambar yang di edit dengan cantik dengan menggunakan applikasi seperti Picsart pada smartphone. Mereka turut diajar mengedit gambar daripada Google dengan memilih gambar PNG supaya mereka boleh memadankan imej tersebut dengan mana-mana background yang ingin digunakan.
TARIKH : 25 MEI 2019 MASA : 10.00 PAGI- 8.00 MALAM LOKASI : MASJID KG JABI PESERTA : 120 ORANG |
TUJUAN
Untuk memupuk silaturrahim antara ahli masjid dan penduduk Kampung Jabi.
AKTIVITI
Pada waktu pagi, penduduk kampung wanita bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk memasak daging yang disembelih selepas waktu zohor di samping membuat juadah sampingan lain seperti kuih gula melaka dan sebagainya. Penduduk bekerjasama melapah daging untuk dimasak sebagai dua jenis hidangan iaitu singgang dan goreng. Pihak Pusat Internet Jabi juga menyerahkan sedikit sumbangan kepada Bendahari Masjid Jabi sebagai sedekah pada bulan puasa. Beras juga turut di sumbangkan oleh Dato dan Datin.