TARIKH : 08 & 18 FEBRUARI 2019 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang mahir dalam penggunaan Microsoft Word dan mahir dalam penulisan menaip.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara kepada pelajar cara menaip dengan pantas dan cara memasukkan lampiran bergambar dalam dokumen tujuan rujukan dan gambaran penulisan. Pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah dan lepasan IPTA juga turut diajar cara membuat Resume dengan efektif dan berkesan.
TARIKH : 26 JANUARI 2019 MASA : 3.00 PAGI - 5.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang pandai dalam menggunakan Perisian Microsoft Word dalam kehidupan harian seperti menghasilkan sendiri dokumen diri dan kreatif dalam membuat poster/pamplet.
AKTIVITI
Pengguna menghasilkan sendiri dokumen slip gaji untuk pengesahan kerja bagi yang bekerja sendiri dan pelajar sekolah menghasilkan poster/pamplet menggunakan Microsoft Word. Petugas membantu pengguna dalam menyiapkan tugasan dengan memberi bantuan tunjuk ajar asas dalam penggunaan microsoft word.
TARIKH : 03 - 04 JANUARI 2019 MASA : 3.00 PAGI - 5.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang kreatif, bijak dalam penggunaan Microsoft Office untuk tujuan pembelajaran dan celik it bermula dari zaman persekolahan.
AKTIVITI
Peserta yang terlebih terdiri dari 5orang peserta yang melibatkan pelajar sekolah dan golongan belia. Mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan asas Microsoft Word untuk tujuan tugasan sekolah. Mereka diberi pendedahan menggunakan Microsoft Word dengan menaip setiap tugasan. Mereka juga boleh mengedit gambar melalui Microsoft Word dan tidak menggunakan aplikasi lain untuk tujuan suntingan imej.
TARIKH : 10 & 19 JANUARI 2019 MASA : 3.00 PAGI - 4.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang celik it dalam pengisian borang secara atas talian. Selain itu juga, memberi pendedahan kepada pengguna untuk memasukkan data secara berhemah.
AKTIVITI
Pengguna mengisi permohonan atas talian untuk bantuan Maidam dalam pelajaran dan sara hidup bagi golongan kurang berkemampuan. Petugas membantu dalam pengisian borang dan pengguna yang terlibat seramai 5 orang iaitu terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS dan keluarga kurang berkemampuan.
TARIKH : 03 JANUARI 2019 MASA :11.00 PAGI - 4.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Mempromosikan Pusat Internet dan menghebahkan kebaikan serta kemudahan yang terdapat didalam Pusat Internet.
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara penggunaan internet untuk tujuan asas komunikasi teknologi untuk tujuan rasmi, iaitu peperiksaan SPAi8 secara atas talian.