TARIKH       : 13 SEPT 2018   

 MASA         : 3.00 - 4.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 1 ORANG 

 

IMG 6618

 

TUJUAN

Melahirkan lebih ramai pelajar yang celik IT dan komputer terutama melibatkan pelajar sekolah kerana mereka sentiasa menggunakan komputer dan internet untuk rujukan dan tugasan sekolah.

 

AKTIVITI

Pembelajaran asas Microsoft Word untuk menaip dan mambuat surat rasmi bersama pelajar sekolah. Selain itu, memberi tunjuk ajar cara pengguna format dalam penulisan .

Gambar Disini

 


 

 

TARIKH       : 02 - 24 SEPT 2018   

 MASA         : 10.00 - 5.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 40 ORANG 

 

IMG 6610

 

TUJUAN

Memperkenalkan kemudahan penggunaan Ihealth untuk pemeriksaan tekanan darah kepada warga komuniti penduduk setempat.

 

AKTIVITI

Rutin harian apabila pengguna mengunjungi PI Kg Jabi wajib untuk membuat pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan pengguna sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan tubuh badan. Pemeriksaan juga dilakukan secara percuma kepada semua dari peringkat umur.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 28 OGOS 2018   

 MASA         : 9.00 - 11.00 PAGI 

 LOKASI      : PERKARANGAN MASJID KG JABI 

 PESERTA   : 23 ORANG 

 

40392843 1426057880864381 2753108916165410816 n

 

TUJUAN

Melalui aktiviti ini, semua warga sekolah mahupun pihak PDK akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dan lebih menghargai kemudahan-kemudahan seperti alat pemadam api yang disediakan. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar cara menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran.

 

AKTIVITI

Ketibaan anggota bomba dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Jerteh, Terengganu untuk membuat demonstrasi kebakaran api, sebelum itu pelajar PDK bersama guru dan kakitangan turut berhimpun di perkarangan Masjid Kg Jabi bagi mengenal komponen-komponen utama alat pemadan api yang ditunjukkan oleh anggota bomba. Antara langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memadam api ialah:- 

Langkah 1 – Halakan nozel pemadam api ke punca api dan pastikan kedudukan tidak melawan arah tiupan angin.

Langkah 2 – Lepaskan pin keselamatan dan tekan pemicu alat pemadam api ke bawah untuk melepaskan serbuk semburan.

Langkah 3 – Hayunkan semburan kekiri dan kekanan bagi memastikan api dapat dipadamkan dalam masa yang singkat.

Peserta yang terlibat seramai 23 orang dan latihan kebakaran bermula jam 9.00 pagi serta berakhir jam 11.00 pagi.

Gambar Disini


 

 

 

 

TARIKH       : 30 OGOS 2018   

 MASA         : 2.00 - 4.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 10 ORANG 

 

40424791 1426061267530709 2704518855929102336 n

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar atau pengguna yang berdaya saing dan celik it serta mahir dalam penggunaan komputer serta internet jalur lebar.

 

AKTIVITI

Peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dalam penggunaan internet, selain itu peserta juga diberikan pendedahan penggunaan modul Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti dan My Soal untuk tujuan pertanyaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan tempat untuk perkongsian maklumat. Peserta yang terlibat seramai 10 orang dan mereka juga berpeluang menjawab kuiz Kahoot sempena Hari Merdeka yang ke 61 Tahun.

Gambar Disini


 

 

TARIKH       : 20, 27 & 29 OGOS 2018   

 MASA         : 10.00 - 4.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 22 ORANG 

 

IMG 6582

 

TUJUAN

Memberi kemudahan kepada penduduk komuniti setempat dengan adanya pemeriksaan berskala secara percuma. Selain itu, memperkenalkan Pusat Internet dengan pelbagai kemudahan perkhidmatan selain penggunaan jalur lebar.

 

AKTIVITI

Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada pengunjung yang hadir dengan menggunakan alat pemeriksaan BP melalui tablet yang disediakan untuk tujuan pemeriksaan BP. Pengunjung juga dapat mengetahui tahap kesihatan melalui pemeriksaan setiap minggu mahupun bulan.

Gambar Disini