TARIKH       : 09 JULAI 2018   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG  

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG 

 

IMG 6361

 

TUJUAN

Jana pendapatan secara digital dan rezeki turut menyediakan tugasan mudah yang melibatkan kerja memasukkan data, menyemak dan memadamkan data berulang, memuat turun serta menguji aplikasi dan banyak lagi.

 

AKTIVITI

Peserta merupakan pelajar lepasan SPM dan pelajar IPTA membuat pendaftaran dengan erezeki. Petugas menerangkan apa itu erezeki dan menyatakan platform-platform yang yang terdapat didalam erezeki. Pendaftaran erezeki seperti kemaskini maklumat dan kelayakan diri untuk mendapatkan tugasan yang sesuai dengan kelayakan peserta. Selepas pendaftaran, peserta boleh terus membuat tugasan dan jana pendapatan.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 07 JULAI 2018   

 MASA         : 8.00 - 2.00 PETANG  

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 238 ORANG 

 

IMG 6312

 

TUJUAN

Memperkenalkan Pusat Internet Kg Jabi dan menwar-warkan kemudahan yang ada di dalam Pusat Internet. 

 

AKTIVITI

Acara program dimulai pada pukul 8.00 pagi iaitu dengan Kayuhan Aidilfitri daripada pasukan Jabi CT, seterusnya membuat pendaftaran pengunjung dan pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah & timbang berat. Bagi merancakkan lagi program ini, aktiviti sukaneka turut diadakan, antaranya ialah tiub belon bagi kanak-kanak, makan epal bagi kanak-kanak & dewasa, cari gula-gula dalam tepung dan seterusnya memberi taklimat KDB, pembuangan sisa mobile e-waste dan taklimat sebenarnya.MY iaitu tidak pasti jangan kongsi. Program mulai berakhir pada jam 1.00 petang dengan pembahagian cabutan nombor bertuah dan pembahagian hadiah permainan yang disertai pengunjung. Majlis bersurai selapas pengunjung menikmati juadah yang disediakan. Agensi yang terlibat adalah Persatuan Wanita Bakap Kelubi dan Jabi CT. Majlis juga turut mendapat liputan dari pihak YB Adun Jabi dengan membuat lawatan secara mengejut dan semuanya berjalan dengan lancar.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 29 JUN 2018   

 MASA         : 3.30 - 4.30 PETANG  

 LOKASI      :  PI KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG 

 

IMG 5987

 

TUJUAN

Menggalakkan pengguna untuk membuat pembelajaran melalui penggunaan youtube, kerana ia amat mudah untuk difahami dan senang dipelajari.

AKTIVITI

Pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah membuat pelajaran melalui penggunaan youtube iaitu mengenai perucapan awam dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka juga boleh melihat tatacara pembelajaran secara visual.

Gambar Disini

 


 

 

 

 TARIKH      : 04 JULAI 2018   

 MASA         : 3.30 - 4.30 PETANG  

 LOKASI      :  PI KG JABI

 PESERTA   : 10 ORANG 

 

IMG 5998

 

 

TUJUAN

Memperluaskan lagi kempen Klik Dengan Bijak(KDB) bersama pelajar sekolah untuk menggunakan internet dengan cara yang bijak dan tidak salah menggunakan ke arah yang tidak berfaedah. 

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada sekolah Rendah dan Menengah seramai 10 orang yang turut membuat tugasan sekolah iaitu menggunakan kemudahan internet untuk tujuan carian maklumat dan mempelajari cara mencari alamat tempat tinggal melalui penggunaan Google Maps. Mereka juga turut melakukan pemeriksaan tekanan darah melalui petugas Pusat Internet Kg jabi bagi mendapatkan kesihatan yang ideal melalui pemeriksaan. 

Gambar Disini

 


 

 

 

TARIKH       : 25 JUN 2018   

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI  

 LOKASI      :  PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 5971

 

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar bagi yang tiada akaun email. Penggunaan email amat penting bagi masa kini selaras dengan perkembangan ict.

 

AKTIVITI

Memberi tunjuk ajar cara pendaftaran akaun email bagi tujuan rasmi dan penggunaan harian. Peserta yang terlibat merupakan daripada golongan belia.

Gambar Disini