TARIKH       : 01 OGOS 2018   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG 

 

IMG 6503

 

TUJUAN

Jana pendapatan secara digital dengan pendaftaran erezeki. Menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet untuk kegunaan harian komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Membuat pendaftaran maklumat peserta dan mencari padanan tugasan yang sesuai dengan kelayakan ICT untuk meraih pendapatan. Peserta terdiri daripada pelajar IPTA dan juga lepasan SPM. Mereka juga diberi tunjuk ajar pendaftaran email untuk memulakan pendaftaran erezeki.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 31 JULAI 2018   

 MASA         : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI  

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 25 ORANG 

 

38186288 10212824503583702 222094872000069632 n

 

TUJUAN

Untuk melahirkan generasi cilik pandai,mengetahui penggunaan komputer dan internet selaras dengan perkembangan terkini. Memberi pendedahan awal mengenai pengetahuan ICT.

AKTIVITI

Memberi tunjuk ajar perkakasan komputer dan cara menggunakan komputer dangan betul. Mereja juga membuat e-pembelajaran melalui laman web www.cookie.com. Pembelajaran secara bergambar juga boleh memberi kefahaman yang cepat bagi mereka yang lambat menerima pembelajaran.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 23, 27 -30 JULAI 2018   

 MASA         : 10.30 PAGI - 5.30 PETANG  

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 18 ORANG 

 

                                          IMG 6418

 

TUJUAN

"Crowdsourcing' adalah bagaimana kerja diperolehi pada masa hadapan. Satu kaedah yang menawarkan tugasan kerja melalui atas talian, antaranya ialah 8coin, Boleh Compare, Grab, MaidEasy dan sebagainya untuk jana pendapatan.

 

AKTIVITI

Kelas asas Erezeki diadakan pada 23, 27 sehingga 30hb Julai dimana peserta yang terlibat terdiri dari golongan wanita, belia, lepasan sekolah dan juga pelajar IPTA/IPTS yang berminat untuk cari pendapatan lebih secara atas talian. Taklimat asas Erezeki diberikan kepada peserta dan membuat pendaftaran, sejurus membuat pendaftaran peserta dikehendaki kemaskini maklumat diri terutama berkaitan pengetahuan ICT,hal ini tugasan ini banyak melibatkan penggunaan internet dan Smartphone/Laptop.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 26 JULAI 2018   

 MASA         : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG  

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 26 ORANG 

 

 

IMG 5443

 

 

TUJUAN

Untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan berstatus ibu tunggal untuk menjana pendapatan sendiri melalui bidang perniagaan. Selain itu, memperkenalkan Pusat Internet dikalangan komuniti dengan kemudahan yang disediakan.

 

AKTIVITI

Seramai 26 peserta yang terlibat, semuanya terdiri daripada wanita ibu tunggal yang ingin meraih pendapatan sendiri. Mendengar taklimat dari Konsultan Kecantikan Mary Kay mengenai penjagaan kulit wajah dan juga penyampaian ilmu keusahawanan iaitu cara untuk berkongsi produk yang berkualiti dan seterusnya menjana pendapatan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara pembersihan kulit muka dengan betul melalui demo bersama penggunaan produk Mary Kay.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 10 - 14 JULAI 2018   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG  

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 40 ORANG 

 


IMG 6404

 

TUJUAN

Menggalakkan pengguna dikalangan pelajar sekolah menggunakan komputer dan internet untuk kegunaan rutin harian tugasan sekolah seperti yang dijalankan di sekolah pada masa kini. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar dengan penggunaan emel untuk tujuan tugasan.

 

AKTIVITI

Pelajar mempelajari penggunaan Google Maps untuk mencari lokasi berkenaan dan membuat cetakan peta melalui Google Maps. Selain itu mereka juga turut didedahkan dengan penggunan akaun emel iaitu GMAIL bagi memudahkan mereka untuk memindahkan maklumat secara teknlogi asas komunikasi. Mereka juga suka berkunjung di Pusat Internet Kg Jabi bagi membuat pembelajaran secara berkumpulan kerana tempat yang selesa dan memudahkan mereka untuk mendapatkan bahan rujukan melalui penggunaan internet.

Gambar Disini