TARIKH : 25 JUN 2018 MASA : 9.30 - 11.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang dan sebagainya.
AKTIVITI
Pelajar lepasan sekolah membuat pengisian borang bantual awal bagi kemasukan pelajar daripada Maidan dan Yayasan Terengganu. Mereka juga membuat pengesahan maklumat sebelum pengisian borang bagi memastikan penyebaran maklumat itu betul dan sahih.
TARIKH : 24 JUN 2018 MASA : 4.00 - 6.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan komuniti untuk lebih berdaya saing dalam dunia ict dan juga dalam bidang pendidikan melalui penggunaan jalur lebar.
AKTIVITI
Terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan membuat pembelajaran secara berkumpulan bagi mendapatkan idea yang lebih bernas.
TARIKH : 18, 21 - 30 JUN 2018 MASA : 10.00 PAGI - 6.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 12 ORANG |
TUJUAN
Memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan secara atas talian dengan kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh Pusat Internet.
AKTIVITI
Membuat pendaftaran erezeki dan menjelaskan taklimat ringkas pengenalan erezeki serta platform erezeki. Peserta yang terlibat adalah lepasan SPM, golongan belia, pelajar kolej mahupun universiti.
TARIKH : 21 - 29 JUN 2018 MASA : 10.00 PAGI - 6.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 29 ORANG |
TUJUAN
Menyediakan kemudahan Ihealth untuk tujuan pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan komuniti setempat bagi pemeriksaan kesihatan secara berkala.
AKTIVITI
Membuat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung yang hadir ke Pusat Internet. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah Rendah, Menengah, golongan belia dan juga ibubapa.
TARIKH : 07, 10 & 11 JUN 2018 MASA : 10.00 PAGI - 4.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 19 ORANG |
TUJUAN
Mempromosikan Dashboard Komuniti melalui penggunaan Ihealth(Tablet) pemeriksaan kesihatan iaitu pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan. Selain itu juga, memberi komudahan komuniti dengan tidak perlu pergi ke hospital atau klinik untuk membuat semakan pemeriksaan tekanan bagi penduduk yang berdekatan dengan Pusat Internet Kg Jabi.
AKTIVITI
Membuat pemeriksaan tekanan darah dan memberi khidmat nasihat cara pemakanan yang sihat dan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.