TARIKH       : 07, 08 & 13 MEI 2018   

 MASA         : 9.30 - 5.30 PETANG  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 5 ORANG

 

IMG 5861

 

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet.

 

AKTIVITI

Peserta diberi taklimat mengenai erezeki, cara pendaftaran dan sekiranya peserta tidak mempunyai emel, petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan penggunaan emel dengan betul. Setelah melengkapkan maklumat diri dalam sistem erezeki, peserta diajar cara melakukan kerja yang telah dipohon semasa pendaftaran dibuat tadi. Peserta juga mendapat maklumat  dari sumber platform-platform erezeki sebelum memulakan kerja.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 03 & 05 MEI 2018   

 MASA         : 10.30 - 5.30 PETANG  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 5811

 

TUJUAN

Memupuk semangat keusahawanan dan menjana peluang pendapatan kepada komuniti setempat. Menyediakan platform-platform erezeki yang terdiri daripada antarabangsa.

 

AKTIVITI

Membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan bersama belia. Peserta juga turut diterangkan dengan pola piramid pemakanan bagi penjagaan makanan.

Gambar Disini

 


 

 

 

 

TARIKH       : 23, 27 - 28  APRIL  2018   

 MASA         : 9.00 - 5.00 PETANG  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 7 ORANG

 

31384169 1862877660409391 6462394633228910592 n

 

TUJUAN

Menyediakan pusat latihan berhubung pendaftaran dan melengkapkan maklumat profil anda dalam sistem. Melahirkan komuniti yang bijak dalam pengurusan masa serta celik it selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

 

AKTIVITI

Memberi penerangan berhubung kategori tugasan atau kerja yang kerja yang boleh menerusi talian digital iaitu erezeki. Antara platform-platform yang ada dalam erezeki adalah Boleh Compare, Alegion, My Bump, Moola, Moocash, DefinedCrowd dan banyak lagi. Peserta terdiri daripada golongan belia,lepasan sekolah dan juga pelajar IPTA. 

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 04 MEI 2018   

 MASA         : 7.30 - 12.00 TENGAHARI  

 LOKASI      : DEWAN SEK KEB JABI 

 PESERTA   :1000 ORANG

 

31913703 1870432799653877 2544439179924733952 n

 

TUJUAN

Memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat dengan buka booth melalui program-program yang dianjurkan komuniti setempat. Selain itu, menjalinkan ukhwah sesama komuniti setempat dengan petugas PI1M.

 

AKTIVITI

Program kayuhan ini dimulakan dengan aktiviti Senam Earobik bersama peserta pengayuh dan komuniti setempat manakala PI1M pula membuat pendaftaran pengunjung yang datang di booth PI1M. Pengunjung yang membuat pendaftaran keahlian PI1M dan memuatnaik aplikasi Dashboard Komuniti melalui telefon pintar akan memperolehi T-Shirt Dashboard Komuniti. Bagi 20 peserta terawal yang membuat pendafftaran keahlian juga diberikan hadiah yang istimewa. Seramai 103 pengunjung yang membuat pemeriksaan tekanan darah melalui penggunaan Ihealth. Bagi merancakkan lagi aktiviti, kanak- kanak juga boleh turut serta dengan aktiviti kuiz spontan yang dilontarkan oleh petugas. Program kayuhan ini berakhir dengan aktiviti cabutan bertuah. Hampir 1,000 pengunjung bersama pengayuh basikal yang terlibat dengan program ini.

Gambar Disini

 


 

 

TARIKH       : 22 APRIL  2018   

 MASA         : 9.00 - 11.00 PAGI  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 1 ORANG

 

IMG 5765

 

 

TUJUAN

Membantu komuniti terutama golongan yang berpendapatan rendah meraih peluang menjana pendapatan tambahan secara digital.Kepada golongan yang berpendapatan RM4000 kebawah yang ingin menjana pendapatan sampingan secara atas talian.

 

AKTIVITI

3 cara mudah selepas mendaftar dierezeki iaitu dengan melengkapkan profil diri, pilih dan tandakan kemahiran serta pilih kategori kerja. Peserta boleh meneruskan tugasan dengan maklumat yang diberikan dan hanya menunggu bayaran setelah tugasan selesai dilakukan. Peserta yang terlibat merupakan golongan belia dan berusaha untuk menampung perbelanjaan dengan hanya secara atas talian.

Gambar Disini