TARIKH : 06 APRIL 2018 MASA : 9.30 - 11.00 PAGI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak dalam penggunaan Destop Publishing seperti Microsoft Word yang menjadi tunjang dalam penyimpanan rekod penulisan dan sebagainya samada dalam bentuk 'softcopy' mahupun cetakan.
AKTIVITI
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Word terutama melibatkan penulisan kerana tidak perlu menulis untuk membuat karangan sebaliknya hanya perlu menaip dan membuat simpanan dokumen secara softcopy dan juga dicetak untuk rujukan masa akan datang. Pelajar juga turut diajar cara membuat cetakan sekiranya ingin membuat cetakan.
TARIKH : 06 APRIL 2018 MASA : 9.30 - 10.30 PAGI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan penggunaan jalur lebar kepada komuniti setempat untuk mengisi borang atas talian dan seterusnya menjadikan komuniti celik it dan sentiasa menggunakan kemudahan yang disediakan.
AKTIVITI
Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 (Bantuan Rakyat Negeri Terengganu) kepada pemohon dibawah kategori ibu atau bapa tunggal, OKU, Warga Emas dan Orang Miskin. Pengagihan bantuan duit raya dijangka akan dibuat bermula awal Ramdhan. Permohonan Dana Raya hanya boleh dikemukakan secara atas talian di Portal Rasmi Permohonan Online Dana Negeri Terengganu (iDANATTB) dan bagi mereka yang kurang mahir mereka datang ke PI1M untuk bantuan pengisian permohonan ini.
TARIKH : 03 APRIL 2018 MASA : 3.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Program erezeki merupakan satu kaedah yang menawarkan tugasan kerja kepada golongan B40 yang berpendapatan keluarga bawah RM4000 sebulan secara atas talian.
AKTIVITI
Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Peserta juga akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan yang disediakan adalah dari syarikat antarabangsa dan tempatan. Peserta seramai 2 orang terdiri dari lepasan SPM dan pelajar IPTA.
TARIKH : 03 APRIL 2018 MASA : 4.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Kemahiran menggunakan Microsoft Word amat perlu untuk semua pada zaman kini, terutama pelajar yang banyak menggunakannya melalui kaedah penulisan untuk menyiapkan tugasan sekolah. Penggunaan Microsoft Word juga akan menjadi cepat dan mudah untuk sesuatu tugasan kerana perisian ini sudah cukup lengkap dengan formatnya.
AKTIVITI
Proses menulis lazimnya melibatkan pendrafan kata-kata yang hendak disampaikan, diikuti oleh semakan ejaan dan kesilapan tatabahasa, pembetulan dan penyuntingan kandungan. Pelajar juga menyiapkan tugasan dengan menggunakan Microsoft Word,serta diajar cara memasukkan gambar dan membuat edit gambar tersebut. ini kerana ia mudah cepat dan membantu mengedit gambar terus di dalam perisian ini, seterusnya mencetak dokumen untuk dijadikan bahan rujukan cetakan.
TARIKH : 03 APRIL 2018 MASA : 2.00 - 3.00 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan pelajar terutama bagi lepasan sekolah mahir dalam pembuatan Resume dan mahir dengan penggunaan Microsoft Word. Melahirkan pelajar yang celik it dan pintar dalam penggunaan komputer dan internet.
AKTIVITI
Pembelajaran membuat Resume menggunakan Microsoft Word dan cara memasukkan dokumen untuk penghantaran melalui emel. Pelajar yang terlibat adalah lepasan SPM. Cara buka Akaun Emel juga turut diajar bagi memudahkan pelajar tahu dalam penggunaan emel.