TARIKH       : 27  MAC 2018   

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 10 ORANG

 

POSTER PI1M 1

 

 

TUJUAN

Menggalakkan komuniti menyertai Pertandingan Dashboard Komuniti bagi tahun 2018 dan seterusnya memperkenalkan Dashboard Komuniti untuk kemudahan komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Membuat pendaftaran bagi yang belum berdaftar dengan ahli Dashboard Komuniti seterusnya menjawab kuiz pertandingan DK kategori My Shop. peserta terdiri dari 10 orang, pertandingan ini juga mengikut kategori dan tempoh. Bagi kategori My shop soalan kuiz bermula dari  26 Mac sehingga  30 April 2018. Soalan akan dipaparkan pada aplikasi DK pada bila-bila masa sahaja dan peserta perlu sentiasa peka dengan aplikasi Dashboard Komuniti agar tidak terlepas pandang untuk soalan yang seterusnya.

Gambar Disini

 


 

 

 

TARIKH       : 26  MAC 2018   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

IMG 5474

 

TUJUAN

Membuat promosi dan memperkenalkan Dashboard Komuniti agar komuniti lebih paham dan akan biasa menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Menggalakkan komuniti setempat pintar dalam penggunaan khidmat jalur lebar dan celik dengan teknologi maklumat.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat dan penerangan mengenai modul yang terdapat didalam Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti, My Soal, My Place, My Shop dan My Health. Pelajar ini terdiri dari 4 orang pelajar Institut Latihan Pertanian, Titi Gantong Perak yang sedang menjalani latihan praktikal di KETARA, Gerai dan seterusnya berminat dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Jabi ini sebagai langkah tempat untutk mereka mencari ilmu dan membuat assestment mereka semasa berada diPI1M selama 3 hari berturut-turut. Mereka juga turut membuat latihan secara praktikal keusahawanan bersama Donut Lambong dan seterusnya mengaplikasikan didalam Dashboard Komuniti iaitu memuatnaik video dan gambar produk melalui My Shop dan mempromosikan tempat-tempat menarik dan popular setempat melalui My Place.

Gambar Disini

 


 

 TARIKH       : 23 - 25  MAC 2018   

 MASA         : 10.00 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 10 ORANG

 

IMG 5424

 

 

TUJUAN

Untuk memperluaskan potensi sebagai pekerja digital berkelayakan bersama rakan strategik eRezeki dan berpeluang jana pendapatan tambahan secara sambilan melalui atas talian.

 

AKTIVITI

Peserta seramai 6 orang yang terdiri daripada pelajar Institut Pertanian Titi Gantong, Perak yang sedang menjalani latihan praktikal di IADA, KETARA dan berminat dengan program yang dianjurkan bersama PI1M. Selain itu, pelajar lepasan SPM yang terdiri daripada 4 orang. Mereka membuat pendaftaran erezeki dengan mendengar taklimat ringkas dari petugas PI1M serta kenali platform-platform yang terdapat didalam erezeki.

Gambar Disini

 


TARIKH       : 25  MAC 2018   

 MASA         : 4.30 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

IMG 5446

 

 

TUJUAN

Menggalakkan pelajar lebih mahir dan pelbagaikan cara untuk mengedit gambar tanpa menggunakan software lain. Ini kerana Microsoft Word semua orang menggunakannya.

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi membuat kerja kursus seni dengan mencari bahan maklumat dan gambar yang bersesuai dengan tajuk. Gambar yang telah dicari haruslah diedit terlebih dahulu sebelum print. Pelajar juga diberi tunjuk ajar cara membuat edit gambar menggunakan Microsoft Word tanpa menggunakan software lain. 

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 21- 23  MAC 2018    

 MASA         : 9.30 - 12.30 TENGAHARI 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 10 ORANG

 

IMG 5409

 

TUJUAN

Memberi kemudahan kepada komuniti untuk penggunaan internet jalur lebar dan mewujudkan komuniti celik it serta pintar dalam penggunaan internet dan penggunaan komputer.

 

AKTIVITI

Memberi bantuan carian maklumat dan pengisian borang kemasukan UPU/IPTA/IPTS. Seramai 10 orang peserta yang terlibat dan mereka adalah lepasan SPM/ STPM 2017. Mereka juga turut membuka Akaun Emel untuk urusan rasmi dan peribadi bagi tujuan permohonan borang tersebut.

Gambar Disini