PROGRAM PERASMIAN XPDC JLN KERUAK KE KUALA KRAI

TARIKH

 24 FEBRUARI 2018

MASA

 8.00 - 2.30 PETANG  

LOKASI

 PI1M KG KERUAK

PESERTA

 175 ORANG

 

 IMG 6177

 

TUJUAN

Merapatkan jurang digital antara komuniti Kg Keruak dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi IT masa kini.

 

AKTIVITI

Pusat Internet 1Malaysia Kg Keruak telah menjalankan pelbagai program untuk komuniti setempat. Antaranya ialah pendaftaran keahlian, membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu pemeriksaan Tekanan Darah dan Timbang Berat Badan, Program Keusahawanan dan aktiviti Teka Rempah Ratus secara atas talian, aktiviti Maze dan Cekap Minda, Mewarna bagi kategori kanak-kanak dan peringkat dewasa, aktiviti Puzzle peringkat kanak-kanak dan dewasa serta aktviti Musang Berjanggut. Selain itu, pihak PI1M juga memberi taklimat mengenai modul yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti  dan memuatnaik aplikasi  ditelefon pintar setiap peserta. Program ini mendapat sambutan yang menggalkkan dengan kerjasama semua warga PI1m Besut.

 


 

 

 

PROMOSI DAN PENGGUNAAN DASHBOARD KOMUNITI

TARIKH

 22 FEBRUARI 2018

MASA

 3.30 - 5.30 PETANG  

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 2 ORANG

 

IMG 5144

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti pintar dengan penggunaan telefon pintar dan menggunakan kemudahan yang disediakan untuk kominiti setempat.

 

AKTIVITI

Memuatnaik Dashboard Komuniti dengan telefon pintar dan menggunakannya sebagai aktiviti harian mahupun untuk menjalankan perniagaan. Peserta juga diterangkan dengan modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti. Peserta juga memuatnaik gambar produk terbaru untuk tujuan promosi.

 


 

 

PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH - MY HEALTH

TARIKH

 18 FEBRUARI 2018

MASA

 4.00 - 5.00 PETANG  

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 5124

 

TUJUAN

Memperkenalkan Modul My Health Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat dan membuat pemeriksaan tekanan darah secara percuma.

 

AKTIVITI

Membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan pelajar serta memberitahu sedikit maklumat pasal pemakanan yang sihat selain membuat senaman.

 


TAKLIMAT & PENDAFTARAN EREZEKI

TARIKH

 19 & 20 FEBRUARI 2018

MASA

 10.30 PAGI - 5.00 PETANG  

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 3 ORANG

 

IMG 5134

 

TUJUAN

Membantu komuniti untuk menjana pendapatan sampingan secara atas talian.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat asas erezeki dan peluang untuk menjana pendapatan. Selain itu, pelajar juga diajar cara membuat email dan penggunaan email bagi yang tidak biasa menggunakan email. Selepas taklimat ringkas pelajar membuat pendaftaran dan seterusnya boleh menjalankan pekerjaan yang terdapat didalam platform erezeki.

 


 

PROGRAM SUKAN RAKYAT BELIAWANIS KG JABI

TARIKH

 15 FEBRUARI 2018

MASA

 3.00 - 5.30 PETANG  

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 15 ORANG

 

IMG 5120

 

TUJUAN

Memupuk semangat ukhuwah dengan adanya aktiviti kesukanan bersama komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Sukan rakyat yang dianjurkan oleh J3K Kg Jabi iaitu Batu Selambut dan Congkak. Mereka terdiri daripada beliawanis Kg Jabi iaitu daripada 18 tahun ke atas.