TARIKH      : 10 MAC 2018    

 MASA         : 4.00 - 5.00 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 10 ORANG

 

IMG 5208

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang pintar IT dan tahu menggunakan Destop Publishing. Pelajar juga tidak akan ketinggalan dengan kaedah pembelajaran masa kini yang banyak menggunakan komputer dan internet.

 

AKTIVITI

Pelajar yang terdiri daripada sekolah Menengah mencari bahan maklumat untuk menyiapkan tugasan kursus. Mereka juga menggunakan Microsoft Word untuk membuat laporan dan lampiran bergambar. Di sini, mereka diajar cara menyimpan dokumen secara Microsoft Word dan dalam bentuk  Adobe PDF. Mereka juga diajar untuk 'crop' gambar bagi mendapatkan sudut posisi yang terbaik. Seramai 10 orang pelajar yang terlibat dalam mengendalikan tugasan mereka.

Gambar Disini

 


 

 TARIKH      : 09 MAC 2018    

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 12 ORANG

 

IMG 5202

 

TUJUAN

Memberi bantuan carian maklumat melalui e-pembelajaran kepada komuniti setempat dan juga pelajar. Kaedah e-pembelajaran amatlah menggalakkan pada masa kini kerana ia terlalu pantas untuk mendapatkan maklumat. Melahirkan pelajar yang celik IT dan serba boleh.

 

AKTIVITI

Keadah E-pembelajaran memberi impak yang sangat baik kepada pelajar kerana ia merangkumi penggunaan video, audio dan visual. Keadah ini juga hanya dihujung jari dan ia akan memberi gambaran secara menyeluruh serta lebih cepat untuk difahami terutama kepada pelajar. Pelajar juga menggunakan kaedah menaip melalui penggunaan Microsoft Office dan membuat suntingan imej melalui Microsoft Word. Selain menggunakan 'Copy & Paste' mereka juga diajar untuk 'crop' dan membuat suntingan imej agar imej lebih menarik untuk dimasukkan ke dalam laporan tugasan agar ia lebih kemas dan tersusun. Pelajar ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kg Jabi dan mereka sering membuat tugasan secara berkumpulan.

Gambar Disini

 


 

 TARIKH      : 07 MAC 2018    

 MASA         : 2.30 - 3.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 01 ORANG

 

IMG 5174

 

TUJUAN

Memperkenalkan Modul My Shop (Dashboard Komuniti) kepada komuniti setempat terutama yang menjadi usahawan dan bagi yang menjalankan perniagaan untuk tujuan mempromosi produk keluaran mereka dan menjana pendapatan tambahan.

 

AKTIVITI

Memuatnaik gambar produk keluaran usahawan tempatan serta menerangkan secara ringkas mengenai produk tersebut dan kemaskini maklumat usahawan/penjual. Teknik pengambilan produk yang berkesan juga turut diajar bagi memberi impak yang menarik terhadap gambar. Peserta juga berpeluang membuka email peribadi bagi tujuan perniagaan, terutama pernigaan kecil-kecilan yang baru mula bertapak dan mula untuk beroperasi.

Gambar Disini

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 TARIKH      : 07 MAC 2018    

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 16 ORANG

 

IMG 5177

 

TUJUAN

Menyediakan kemudahan tempat pembelajaran yang selesa dan kemudahan peralatan ICT serta penggunaan internet. Selain itu, memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari dan tahu penggunaan kemudahan yang disediakan.

 

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 bagi menyiapkan tugasan kursus mereka. Mereka juga membuat pembelajaran secara berkumpluan bagi menghasilkan idea yang kreatif dalam menyiapkan tugasan masing-masing. Disamping itu, mereka dapat bertanya dengan staf PI1M berkaitan masalah pembelajaran dan juga teknik-teknik asas pembelajaran secara visual dan audio melalui kaedah pembelajaran melalui 'Youtube'.

Gambar Disini

 


 

TAKLIMAT & PENDAFTARAN EREZEKI SIRI 1 MAC 2018

TARIKH

 06 MAC 2018

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG  

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 1 ORANG

 

IMG 5171

 

TUJUAN

Melahirkan lebih ramai usahawan dan memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat asas dan membuat pendaftaran erezeki. Peserta diterangkan dengan platform syarikat-syarikat yang berdaftar dengan erezeki. Peserta juga boleh menjalankan terus pekerjaan yang dilakukan secara sambilan ataupun pasif setelah membuat pendaftaran.

Gambar Disini