TARIKH : 09 APRIL 2018 MASA : 3.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Mengenal, mengguna dan mengaplikasi ICT dalam pembelajaran harian. Mendidik dan merangsang kemampuan daya saing sesama pelajar bagi menunjukkan kreativiti dalam teknologi maklumat.
AKTIVITI
Peserta terlibat seramai 5 orang dari pelajar PERKAYA dengan membuat carian maklumat untuk kerja kursus dengan bantuan petugas PI1M. Mereka juga menggunakan 'Google Search Engine' untuk pencarian artikal dan karya-karya yang bersesuaian dengan tajuk yang diberikan.
TARIKH : 09 APRIL 2018 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berpegetahuan luas terutama melibatkan penggunaan IT. Selain itu menggalakkan pelajar mempelajari ilmu perkomputeran dan penggunaan internet untuk masa depan dan pembelajaran didalam kelas.
AKTIVITI
Pelajar yang terlibat seramai 3 orang. Mereka mencari maklumat tambahan bagi melengkapkan kajian kerja kursus dengan menggunakan internet untuk mencari bahan maklumat dan salinan dibuat menggunakan Microsoft Word. Mereka juga meminta bantuan pihak PI1M untuk membantu mereka dalam melancarkan membuat kajian kerja kursus. Mereka perlu mengedit gambar terlebih dahulu sebelum memasukkan lampiran didalam dokumen.
TARIKH : 06 APRIL 2018 MASA : 11.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah melalui penggunaan IHealth merupakan salah satu modul yang terdapat didalam Dashboard Komuniti. Pmeriksaan ini adalah percuma dimana memberi kebaikan kepada komuniti setempat kerana tidak perlu ke hospital mahupun ke klinik hanya untuk membuat pemeriksaan tekanan darah.
AKTIVITI
Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada peserta dan memberi taklimat ringkas mengenai pola pemakanan yang sihat. Sedikit info yang berguna harus dikongsi bersama untuk pengetahuan umum tentang penjagaan makanan yang sihat dan kehidupan yang cerdas. Peserta juga boleh membuat timbangan berat badan untuk mengetahui tahap berat badan.
TARIKH : 09 APRIL 2018 MASA : 10.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membantu usahawan baru untuk mempromosikan produk mereka melalui aplikasi Dashboard Komuniti dan juga melahirkan usahawan yang berpegetahuan tentang penggunaan komputer dan internet.
AKTIVITI
Peserta perlu mendaftar sebagai ahli PI1M Dashboard Komuniti. Peserta merupakan usahawan penggembala kambing dan ingin meluaskan pasaran jualan kambing. Membuat promosi dengan memuatnaik gambar-gambar produk beliau melalui My Shop.
TARIKH : 06 APRIL 2018 MASA : 9.30 - 11.30 PAGI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan generasi yang celik dan bijak dalam penggunaan komputer dan internet. Selain itu memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM/SPTM untuk membuat permohonan kepada mana-mana program pengajian untuk melanjutkan pelajaran mereka.
AKTIVITI
Memberi bantuan pengisian borang kemasukan program pengajian atau kemasukan ke IPTA/IPTS mengikut kelulusan bidang masing-masing. Memberi bimbingan mengenai pemilihan kos yang berpadanan dengan syarat kelulusan.