TARIKH : 11 APRIL 2018 MASA : 10.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Peserta juga akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan.
AKTIVITI
Sebagai wakil eRezeki untuk menyediakan latihan berhubung pendaftaran dan melengkapkan maklumat profil peserta dalam sistem. Setelah peserta melengkapkan profil diri masing-masing mereka boleh terus memulakan kerja secara atas talian. Tugasan-tugasan yang disediakan adalah dari syarikat antarabangsa dan tempatan.
TARIKH : 11 APRIL 2018 MASA : 10.00 - 10.30 PAGI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi melalui emel untuk tujuan rasmi mahupun peribadi. Menambahbaik kemahiran penggunaan komunikasi atas talian kepada pengguna dan komuniti setempat.
AKTIVITI
Peserta lepasan SPM yang tidak pernah menggunakan emel atau maklumat atas talian. Petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan cara penggunaan emel bagi tujuan urusan rasmi mahupun peribadi serta menggalakkan pengunjung menggunakan emel apabila mahu membuat cetakan berbanding penggunaan pendrive.
TARIKH : 10 APRIL 2018 MASA : 3.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang bijak pandai dan celik penggunaan komputer serta manfaat kemahiran dalam penggunaan teklologi masa kini selaras dengan perkembangan IT terkini.
AKTIVITI
Pelajar belajar melalui carian artikel-artikel yang diiktiraf serta menjadi rujukan masa kini untuk tujuan pembelajaran. Pelajar ini juga terdiri daripada pelajar sekolah Menengah dan pelajar sekolah rendah seramai 5 orang peserta. Mereka memerlukan bantuan petugas untuk mencari maklumat yang tepat dan boleh dijadikan rujukan bagi tugasan sekolah. Tugasan mereka memerlukan pencarian maklumat berkaitan dengan gambar yang mereka cari. Maklumat pencarian juga haruslah mengikut tema
TARIKH : 10 APRIL 2018 MASA : 3.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Pertandingan kuiz dalam aplikasi Dashboard Komuniti (DK) bertujuan untuk memastikan aplikasi DK ini sentiasa memberi manfaat kepada pengguna untuk berhubung antara komuniti dan senantiasa digunakan oleh komuniti.
AKTIVITI
Pengguna akan diuji dengan seoalan-soalan yang berkait rapat dengan modul-modul yang terkandung di dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pengguna juga haru sentiasa peka dengan soalan-soalan yang akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Pertandingan ini mengikut kategori dan tempoh, dan tempoh bermula Mac sehingga April ini bagi kategori My Shop.
TARIKH : 09 APRIL 2018 MASA : 4.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Menggunakan teknologi maklumat dan asas komunikasi untuk penyampaian maklumat secara atas talian. Melahirkan pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran teknologi pada masa kini.
AKTIVITI
Buka Akaun Emel baru melalui Gmail untuk tujuan penyampaian maklumat dan simpanan maklumat secara atas talian. Penggunaan amat penting pada masa kini terutama melibatkan penggunaan telefon pintar smartPhone dan penggunaan harian untuk tugasan samada bagi pelajar mahupun yang bekerja. Mereka diajar cara menggunakan emel dengan betul oleh petugas PI1M.