TARIKH       : 21- 23  MAC 2018    

 MASA         : 10.00 - 1.00 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 7 ORANG

 

IMG 5373

 

TUJUAN

Memberi peluang pekerjaan secara sambilan dan menjana pendapatan dengan cara atas talian. Untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan memupuk komuniti setempat untuk menceburi bidang perniagaan dan mengubah cara hidup dengan efektif.

 

AKTIVITI

Peserta seramai 7 orang dan merupakan lepasan SPM/STPM. Memberi taklimat mengenai erezeki dan membuat pendaftaran erezeki seterusnya menerangkan platform-platform erezeki. Peserta boleh melakukan pekerjaan sampingan secara terus setelah membuat pendaftaran. Mereka juga secara tidak langsung diaajar cara buka Akaun Emel dan cara menggunakan emel dengan betul. Peserta juga berpeluang merebut semua peluang yang ada dengan hanya tekan dihujung jari sahaja.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 20 MAC 2018    

 MASA         : 3.00 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 9 ORANG

 

IMG 5333

 

TUJUAN

Memberi peluang dan ruang kepada komuniti untuk bersosial dilaman sosial dengan cara yang betul iaitu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan saudara mara melalui penggunaan laman Facebook. Selain itu, memberi kemudahan untuk membuat promosi produk jualan atau untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.

 

AKTIVITI

Peserta diajar cara pendaftaran Akaun Facebook. Tujuan Akaun Facebook dibuka untuk menambahkan lagi rakan kenalan sedia ada untuk merapatkan jurang digital. Mereka juga diberi taklimat tentang Dashboard Komuniti iaitu membuat pengumuman melalui modul My Komuniti. Dengan ini secara tidak langsung, komuniti setempat dapat mengetahui maklumat yang disampaikan kepada umum.

Gambar Disini

 


 

 

TARIKH       :19 MAC 2018    

 MASA         :10.00 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   : 6 ORANG

 

IMG 5288

 

TUJUAN

Mempromosikan Modul yang terdapat didalam Dashboard Komuniti seperti My Health, My Soal, My Shop dan My Komuniti. Memberi kemudahan celik it dan jalur lebar kepada komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Pelajar diberi taklimat mengenai mengenai Dashboard Komuniti. Mereka juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan membuat pengumuman melalui modul My Komuniti dan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan melalui penggunaan My Soal. Segala pertanyaan dan aduan boleh melalui My Soal. 

Gambar Disini

 


 

TARIKH       :19  & 20 MAC 2018    

 MASA         :10.00 - 5.00 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   :11 ORANG

 

IMG 5343

 

TUJUAN

Memberi pendedahan cara penggunaan emel dan buka Akaun Emel untuk tujuan rasmi dan komunikasi atas talian, terutama lepasan SPM & STPM yang banyak akan mengisi borang secara atas talian. Pada masa kini banyak menggunakan kaedah komunikasi penulisan untuk tujuan rasmi dan aktiviti harian.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat cara penggunaan emel kepada peserta yang terdiri daripada lepasan sekolah seramai 11 orang. Mereka juga diajar cara buka Akaun Emel dan cara menggunakan emel dengan betul. Selain itu, mereka turut diberi maklum tentang laman-laman web rasmi kerajaan rasmi terutama untuk permohonan kemasukan ke UPU dan juga laman web jawatan kosong kerajaan seperti SPA8i.

Gambar Disini

 


 

 

 

TARIKH       :18 & 19 MAC 2018    

 MASA         :10.00 - 5.30 PETANG 

 LOKASI      : PI1M KG JABI

 PESERTA   :10 ORANG

 

IMG 5320

 

TUJUAN

Memberi kemudahan perkhidmatan jalur lebar kepada komuniti setempat dan menggalakkan penggunaan internet untuk kegunaan aktiviti harian. 

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada lepasan SPM dan STPM 2017 membuat carian maklumat dan pengisian secara atas talian kemasukan UPU/IPTA/IPTS. Mereka juga mengisi borang jawatan kerja kosong terutama melibatkan laman web kerajaan seperti SPA8i dan Job Malaysia. Bantuan maklumat carian dibekalkan dan diberi tunjuk ajar oleh staf PI1M.

Gambar Disini