TARIKH       : 16 JULAI 2019   

 MASA         : 10.00 - 12.30 TENGAHARI

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

IMG 7560

 

TUJUAN

Memberi pendedahan cara penggunaan internet untuk tujuan membuat resume bagi memohon pekerjaan serta memasuki laman web SPA untuk mendapatkan maklumat jawatan kosong terkini.

AKTIVITI

Memberi taklimat cara penggunaan internet kepada peserta yang terdiri daripada lepasan sekolah dan komuniti. Peserta bekas pelajar diberi tunjuk ajar untuk membuat resume dengan betul berpandukan template resume yang dibekalkan dalam sumber Google. Mereka juga turut diajar untuk menukar dokumen yang berbentuk PDF kepada Microsoft Word untuk memudahkan proses editing maklumat. Hal ini penting untuk dilakukan dengan betul kerana setiap pekerjaan yang ingin dipohon memerlukan maklumat diri yang dibuat melalui resume. Mereka turut dikenalkan dengan laman web SPA yang cukup terkenal sebagai laman web untuk mencari kekosongan jawatan bagi sektor Kerajaan. Selain itu, seorang komuniti lelaki menggunakan microsoft word untuk membuat kertas kerja bagi menguruskan perniagaan beliau. Beliau merupakan pengunjung tetap Pusat Internet Kg Jabi.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 11 JULAI 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 6 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 07 16 at 11.36.02 AM

 

TUJUAN

Menggalakkan komuniti untuk menambah pengetahuan mengenai asas teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih mendalam supaya mereka tidak ketinggalan maklumat penting seperti pengisian MySalam yang baru diperkenalkan, mengemaskini komputer riba mereka sendiri dan menggunakan teknologi aplikasi moden untuk memindahkan maklumat.

AKTIVITI

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada salah seorang komuniti yang ingin install printer ke komputer riba peribadi serta mengajar cara-cara untuk megemaskini komputer mereka supaya komputer tersebut dapat 'upgrade system'. Selain itu, pengguna lain juga diajar mengakses MySalam dengan menggunakan kod yang telah dihantar ke dalam telefon masing-masing bagi penerima BSH. Selain itu, pengguna juga di ajar memindahkan maklumat daripada telefon ke dalam komputer dengan menggunakan whatsapp web yang sangat mudah digunakan selain memudahkan pengguna untuk mencetak keluar terus dokumen tersebut.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 03 JULAI 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 7 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 07 09 at 8.49.40 AM

 

 

TUJUAN

Staf PI membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara mencari tugasan sekolah secara dalam talian dengan menggunakan google maps. Mereka juga diberi tunjuk ajar menggunakan whatsapp web untuk memasukkan gambar daripada telefon ke dalam pc untuk proses mencetak keluar.

Pelajar membuka Whatsapp Web dan menghubungkan aplikasi whatsapp web dan telefon bimbit dengan menggunakan scan QR Code. Gambar yang terdapat di dalam telefon bimbit boleh di masukkan ke dalam pc dan disatukan di dalam Microsoft Word untuk di lengkapkan di dalam tugasan sekolah. Selain itu, mereka turut mencari google maps dengan sign in Gmail serta memuat turun maps tersebut dan mencetak keluar. Mereka berkumpul di Pusat Internet Jabi untuk membincangkan hal kerja kursus mata pelajaran Geografi mereka dan mencari maklumat bersama-sama menggunakan internet dan pc.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 06 JULAI 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 07 09 at 8.49.41 AM 1

 

TUJUAN

Menggalakkan pengguna untuk membuat pembelajaran melalui penggunaan youtube, kerana ia amat mudah untuk difahami dan senang dipelajari. Selain itu, mereka di ajar memuat turun gambar daripada search engine serta menggunakan blog pendidikan sebagai rujukan untuk membuat kerja kursus / tugasan sekolah mereka.

AKTIVITI

Pelajar yang terdiri daripada sekolah menengah membuat pelajaran melalui penggunaan youtube iaitu mengenai sejarah tokoh-tokoh Sejarah pada zaman dahulu. Pelajar merujuk blog pendidikan yang mempunyai maklumat mengenai tugasan sekolah mereka dan menjadikannya sebagai rujukan selain menggunakan buku teks. Mereke turut diajar cara-cara mengambil beberapa perkara penting daripada blog tersebut dan memasukkannya ke dalam Microsoft Word untuk dijadikan sebagai nota tambahan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 29 JUN 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 6 ORANG

 

 

IMG 2813

 

TUJUAN

Memberi pendedahan cara penggunaan youtube dengan berhemah dan bijak. Pelajar turut diberi pendedahan mengenai Dashboard Pusat Internet untuk mengemaskini serta menghubungkan antara komuniti.

AKTIVITI

Petugas pusat internet mengenalkan Komuniti Dashboard kepada pelajar untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Pelajar mengemaskini MyPlace dan MyKomuniti untuk mendapatkan maklumat komuniti terkini. Selain itu, para pelajar lain turut di dedahkan dengan penggunaan youtube secara bijak dan betul. Hal ini kerana, pada masa sekarang, ramai remaja yang menyalahgunakan youtube untuk mendapatkan sumber yang tidak betul.

 

Gambar Disini