TARIKH       : 07 NOVEMBER 2019  

 MASA         : 9.30 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

photo 2019 11 11 16 18 44

 

Tujuan

Untuk membantu para pelajar menjawab dan membuka website SPA dengan betul.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menjawab peperiksaan SPA secara atas talian dan memberi peringatan serta peralatan pen untuk menjawab soalan. Para peserta berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 31 OKTOBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 10 ORANG

 

photo 2019 11 12 13 03 00

 

Tujuan

Untuk memupuk semangat untuk menjadi usahawan dalam diri pelajar.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta terlibat cara-cara membuat logo dengan menggunakan Microsoft Office mengikut kreatif masing-masing. Mereka juga turut diberi penerangan tentang ciri-ciri yang perlu ada dalam logo perniagaan. Pelajar terlibat dapat mencipta logo perniagaan mereka tersendiri dengan baik, lengkap dan kreatif.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 26 OKTOBER 2019  

 MASA         : 9.00 - 10.00 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

photo 2019 11 11 16 19 04

 

Tujuan 

Mempelajari cara-cara mendaftar emel gmail yang baharu dan memasuki email lama yang terlupa kata laluan.

Aktiviti

Memberi penerangan tentang cara-cara untuk mendaftar emel baharu,menghantar emel dan memeriksa penerimaan emel baharu. Peserta berjaya mendaftar emel baharu dan memahami cara-cara menggunakan emel tersebut. Bagi yang telah mempunya email tetapi terlupa kata laluan, mereka juga turut diberi tunjuk ajar cara membuat semula kata laluan baru.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 28 OKTOBER 2019  

 MASA         : 10.00 - 11.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

photo 2019 11 11 16 21 21

 

Tujuan

Untuk mempelajari cara-cara membuat permohonan bantuan MAIDAM bagi pendidikan dan sara hidup secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada komuniti yang ingin memohon bantuan MAIDAM tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi permohonan bantuan MAIDAM secara atas talian dengan lengkap. Komuniti yang mengisi borang tersebut dapat membuat permohonan dan mengemaskini bantuan MAIDAM dengan baik serta mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 21 OKTOBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

 

photo 2019 11 11 16 29 27

 

Tujuan

Untuk mempelajari dan mengenali setiap perkakasan komputer yang digunakan.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah rendah yang sering menggunakan komputer untuk membuka laman Youtube mengenai pengenalan terhadap nama perkakasan komputer. Hal ini penting untuk dipelajari supaya mereka lebih mengetahui fungsi-fungsi perkakasan tersebut dengan lebih lanjut.

 

Gambar Disini