TARIKH       : 30 JANUARI 2020  

 MASA         : 10.30 - 12.30 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

photo 2020 02 06 09 39 47

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang mahir dan kreatif dalam penggunaan Microsoft Word.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk membuat resume menggunakan resume yang dibeli. Pengunjung hanya perlu mengedit resume tersebut dengan memasukkan maklumat mereka. Selain itu, seorang penjawat awam iaitu jururawat masyarakat mempelajari cara-cara membuat buku penukaran tugasan tempat kerja. Pengunjung berjaya menggunakan Microsoft Word dengan baik.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 23 JANUARI 2020  

 MASA         : 10.30 - 11.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2020 01 24 09 20 40

 

Tujuan

Untuk membantu pengunjung mahir menggunakan teknologi terkini mengikut arus kemodenan.

Aktiviti

Pengunjung tersebut ingin menghubungi kawannya yang berada di luar negara dengan menggunakan aplikasi hangout pada Gmail. Petugas mengajar pengunjung tersebut membuat email dan membuka aplikasi Hangout pada Gmail. Setelah ity, petugas memuat turun aplikasi Hangout pada telefon dan berjaya menggunakannya.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 10 JANUARI 2020  

 MASA         : 9.30 - 12.30 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 11 ORANG

 

 

photo 2020 01 16 11 33 05

 

TUJUAN

Melahirkan usahawan yang mahir menggunakan Microsoft Excel.

AKTIVITI

Pengunjung yang hadir ke pusat internet Kg Jabi terdiri daripada ahli empower iaitu usahawan-usahawan yang berasal daripada Daerah Besut. Mereka menggunakan pusat internet sebagai medium pembelajaran cara-cara membuat Teknik Simpan Kira menggunakan Micorosoft Excel. Mereka juga diketuai oleh ketua Empowerment yang mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Usahawan yang belum mahir Microsoft Excel telah mahir menggunakannya hasil pembelajaran di Pusat Internet Jabi. Petugas membantu golongan yang kurang mahir dengan memberi panduan cara-cara memasukkan pengiraan ke dalam Microsoft Excel.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 15 JANUARI 2020  

 MASA         : 9.30 - 11.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

 

photo 2020 01 16 10 27 13

 

Tujuan

Untuk membantu para pelajar menjawab dan membuka website SPA dengan betul dan membantu penerima BSH yang mempunyai sakit kronik mengisi bantuan MySalam.

Aktiviti

Pada sebelah pagi, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menjawab peperiksaan SPA secara atas talian dan memberi peringatan serta peralatan pen untuk menjawab soalan. Para peserta berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seterusnya, petugas membantu seorang pngunjung yang ingin mengisi bantuan penyakit kronik MySalam dan beliau berjaya mengisi borang tersebut.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 09 JANUARI 2020  

 MASA         : 10.30 - 11.30 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2020 01 16 10 37 28

 

 

TUJUAN

Untuk membantu pengunjung meningkatkan kemahiran dalam pengenalan dan penggunaan asas komputer.

AKTIVITI

Petugas membantu pengunjung yang ingin mengedit gambar dengan mengajarnya cara-cara membuka Mcrosoft Publisher. Pengunjung tersebut mencari gambar-gambar nya melalui search engine 'Google Chrome' dan melalui telefonnya sendiri dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Web. Pengunjung tersebut berjaya mengedit gambar tersebut dan mencetak keluar bagi menyiapkan tugasan yang diarahkan.

 

Gambar Disini