TARIKH : 05 MAC 2020 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan pengunjung yang mahir dalam penggunaan web secara atas talian.
AKTIVITI
Pengunjung di ajar cara-cara untuk membuka laman sesawang Bantuan Sara Hidup untuk mengemaskini maklumat peribadi dan keluarga. Pengunjung terdiri daripada komuniti wanita setempat dan seorang suri rumah. Beliau berjaya mengemaskini borang BSH tersebut secara atas talian.
TARIKH : 26-27 FEBRUARI 2020 MASA : 3.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang sentiasa terdedah dengan perkembangan saluran bantuan kepada rakyat Terengganu melalui talian secara online.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengunjung yang hadir untuk membuka laman web idana.terengganu.gov.my untuk membuat Permohonan Online iDana Lesen Motosikal Percuma kepada rakyat Terengganu. Pengunjung yang hadir terdiri daripada remaja sekolah berumur 16 tahun ke atas. Mereka berjaya mengisi borang tersebut secara atas talian.
TARIKH : 22 FEBRUARI 2020 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan penggunaan Aplikasi Web secara atas talian.
AKTIVITI
Pelajar yang mengunjungi pusat internet merupakan pelajar IPTA yang ingin mencetak keluar dokumen yang diperolehi melalui whatsapp. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web dan membuat screenshot pada screen komputer menggunakan aplikasi Snipping Tools serta mengedit screenshot tersebut pada Microsoft Publisher. Pelajar tersebut berjaya melakukannya dan mencetak keluar dokumen tersebut.
TARIKH : 25 FEBRUARI 2020 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan komuniti yang peka mengenai maklumat terkini menerusi aplikasi secara atas talian.
AKTIVITI
Pengunjung yang mengunjungi pusat internet terdiri daripada golongan belia dan pelajar sekolah. Belia tersebut ingin mengisi borang nikah secara atas talian dengan membuka website E-Munakahat Terengganu. Pelajar tersebut mencipta akaun email untuk tujuan membuat tugasan sekolah. Mereka berjaya menguasai penggunaan Search Engine dengan baik.
TARIKH : 20 FEBRUARI 2020 MASA : 9.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan komputer dan internet jalur lebar yang disediakan oleh Pusat Internet.
AKTIVITI
Calon peperiksaan SPA Online terdiri daripada pelajar lepasan sekolah dan juga pelajar IPTA/IPTS. Mereka menjawab ujian peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk jawatan Pegawai Bomba Gred KB 19 atas talian sebelum terlibat dengan sesi temuduga. Mereka berjaya menjawab keseluruhan soalan dengan jayanya.