|
TUJUAN
Untuk melahirkan pengguna yang mahir dalam penggunaan IT dan sentiasa ambil tahu mengenai hal terkini.
AKTIVITI
Petugas memberikan tunjuk ajar cara-cara mengisi borang tersebut dan memasukkan gambar dari dokumen yang di scan. Pengguna tersebut juga adalah pengguna yang masih kurang mahir dalam penggunaan IT. Mereka pertama kali mengunjungi pusat internet untuk mengisi borang nikah secara atas talian.
TARIKH : 05 DISEMBER 2019 MASA : 10.30 - 12.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Untuk memberikan komuniti pengetahuan yang lebih mengenai it serta mahir dalam penggunaan komputer dan internet.
AKTIVITI
Petugas memberikan tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web kepada pengguna yang ingin mencetak keluar dokumen daripada aplikasi whatsapp tersebut dengan "scan" whatsapp tersebut pada website whatsapp tersebut. Selain itu, petugas juga memberikan cara-cara menngedit resume menggunakan Microsoft Word dengan menjadikan resume di carian google sebagai rujukan.
|
Tujuan
Untuk mengajak komuniti mempelajari asas makeup di samping mengukuhkan lagi hubungan antara petugas pusat internet dan komuniti Kg Jabi.
Aktiviti
Petuga pusat internet membantu penjual dan perunding Mary Kay dengan memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang hadir tentang cara-cara penjagaan kulit muka beserta asas makeup. Selain itu, terdapat juga sesi jual beli barangan penjagaan kulit muka dan makeup bagi komuniti yang berminat.
TARIKH : 18 NOVEMBER 2019 MASA : 3.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar atau pengguna yang berdaya saing dan celik it serta mahir dalam penggunaan komputer serta internet jalur lebar.
AKTIVITI
Pelajar diajar taklimat Klik Dengan Bijak dalam penggunaan internet, selain itu pelajar juga didedahkan tentang kegunaan Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti dan My Place untuk tujuan melihat peta dan tempat untuk perkongsian maklumat. Peserta yang terlibat seramai 3 orang dan mereka juga ialah pelajar yang sering mengunjungi pusat internet untuk tujuan pembelajaran dan hiburan.
TARIKH : 10 NOVEMBER 2019 MASA : 2.00 - 3.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Untuk membantu pelajar mempelajari software baru untuk memuat turun video dari Youtube.
Aktiviti
Petugas memberi arahan kepada pelajar tersebut untuk membuka laman web SaveMedia.Website. Seterusnya memasukkan link video dari youtube dan memuat turun. Pelajar tersebut berjaya memuat turun dan menggunakan website tersebut dengan baik.