TARIKH       : 10 SEPTEMBER 2019   

 MASA         : 10.00 - 1.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG TASEK MENGKUANG

 PESERTA   : 17 ORANG

 

photo 2019 09 12 11 15 11

 

TUJUAN

Untuk membincangkan mengenai My FreeView dan mengenai program yang dilakukan oleh peserta MIV.

AKTIVITI

Wakil SKMM membuat perjumpaan mesyuarat tersebut bersama pengurus Pusat Internet Kluster Besut untuk membincangkan perihal tindak balas yang diterima mengenai My Freeview Digital Analog serta meminta untuk mempromosikan Tv Analog Digital tersebut kepada komuniti.

 

Gambar disini


 

TARIKH       : 08 SEPTEMBER 2019   

 MASA         : 2.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 13 ORANG

 

photo 2019 09 12 10 38 30

 

TUJUAN

Memperkenalkan MIV sebagai sukarelawan SKMM dan Pembantu Pusat Internet. Kelas Pembelajaran ini dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan microsoft.

AKTIVITI

Peserta MIV dipantau oleh petugas PI dengan membuat aktiviti mereka cipta notebook secara manual dan mengajar peserta membuat slide presentation menggunakan Microsoft Power Point. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 04 SEPTEMBER 2019   

 MASA         : 8.00 - 1.30 Petang

 LOKASI      : PERKARANGAN PI KG JABI

 PESERTA   : 148 ORANG

 

photo 2019 09 12 10 49 02

 

Tujuan

Tujuan Program CSR Bersama TM dan Komuniti Kg Jabi adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, Agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

Program CSR pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti Fun Ride bersama Jabi CT. Program CSR TM bersama Komuniti dan Pusat Internet Jabi dirasmikan oleh Encik Anuar Bin Mat Alim (GM TM) . Seterusnya diteruskan dengan program gotong royong di perkarangan masjid dan Pusat Internet. Sementara program gotong-royong dilaksanakan, beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya :

 

- Mewarna Bersama Kanak-Kanak Tabika

-Mewarna Secara Online Bersama Pelajar PPDK

-Kuiz Kahoot Mengenai Advokasi dan Pengenalan Pusat Internet

- Musang Berjanggut

-Gubahan Tuala

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 06 SEPTEMBER 2019   

 MASA         : 10.00 - 12.00 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

photo 2019 09 12 11 14 50

 

TUJUAN

Memupuk pengguna yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan internet dan usaha ingin belajar perkara baru mengenai it dan ICT. Selain itu, untuk melahirkan komuniti yang peka dengan maklumat pekerjaan melalui dalam talian dan peka tentang kepentingan email.

AKTIVITI

Petugas memberi bantuan cara untuk membuka email bagi mereka yang terlupa kata laluan. Hal ini kerana, link peperiksaan SPA tersebut hanya dapat dibuka melalui email yang dihantar secara peribadi kepada pemohon yang berjaya lulus dalam peperiksaan sebelumnya. Mereka diberi masa selama 2 jam setengah untuk menjawab dua sesi peperiksaan. Peperiksaan yang dijalankan adalah untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19. Selain itu, terdapat dua orang kanak-kanak tabika yang diajar menggunakan komputer dan membuka youtube untuk tujuan menonton kartun.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 30 OGOS 2019   

 MASA         : 9.30 - 5.30 Petang

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 20 ORANG

 

 

Tujuan

Tujuan Program CSR Bersama TM dan Komuniti Kg Jabi adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, Agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik bakal dilakukan pada hari program tersebut berlangsung dengan dihadiri oleh pengunjung dan komuniti setempat serta agensi-agensi jemputan. Persiapan yang dilakukan termasuklah memasang khemah, memasang bendera serta menghias Pusat Internet, membalut hadiah bagi pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung dan membaikpulih servis aircond di dalam Pusat Internet.

 

Gambar Disini