TARIKH       : 30 SEPTEMBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   :10 ORANG

 

 

photo 2019 09 12 10 36 36

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir dan kreatif dalam penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Power Point.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat Pamplet Kg Jabi dengan memilih warna bagi keseluruhan page tersebut serta memilih design yang kreatif. Pelajar yang terdiri daripada sekolah menengah turut diajar cara membuat pengeditan gambar dengan kreatif, efektif dan berkesan. Mereka juga diajar cara-cara untuk membuat slide pembentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point untuk memudahkan pembentangan mereka di sekolah.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 25 SEPTEMBER 2019   

 MASA         : 10.00 - 12:00 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

 

Capture

 

 

 

TUJUAN

Tujuan Kelas Asas Internet Pengenalan kepada Email adalah untuk menggalakkan belia remaja serta komuniti terbiasa dengan penggunaan email selain manfaatkan dengan cara yang betul. Email merupakan salah satu saluran maklumat komunikasi, dengan email juga kita dapat menyebarkan maklumat secara bertulis atau secara 'softcopy'. Pembukaan akaun email sekarang amat penting kerana semua penyebaran maklumat dapat dibuat dihujung jari sahaja. Pada zaman kini, email wajib digunakan di setiap smartphone dan memerlukan pembukaan email.

AKTIVITI

Petugas mengajar komuniti dan belia membuka akaun gmail pada Google Chrome menggunakan akaun email yang sudah sedia ada pada smartphone dan memasukkan password. Password boleh di reset walaupun terlupa kata laluan lama. Bagi yang tidak mempunyai akaun email, mereka diajar untuk mendaftar akaun email yang baru untuk memudahkan penghantaran dokumen.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 15 SEPTEMBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 7 ORANG

 

photo 2019 09 24 17 16 19

 

Tujuan

Tujuan kelas pembelajaran ini dilakukan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Tujuan Kuiz Hari Malaysia ini dijalankan adalah untuk menyemai semangat mencinta Tanah Air di dalam diri pelajar serta mengenali Malaysia dengan lebih mendalam.

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada pelajar untuk membuka website kuiz hari malaysia kanak-kanak dan menjawab 25 soalan tentang Malaysia. Antara soalan yang dijawab adalah berkaitan bendera-bendera negeri, nama ibu negeri dan sebagainya. Pelajar tersebut kebanyakan daripada mereka telah mengenali dan mempunyai pengetahuan tinggi mengenai Malaysia.

 

Gambar Dsini


 

TARIKH       : 20 SEPTEMBER 2019   

 MASA         : 3.30 - 4.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

photo 2019 09 24 17 15 20

 

Tujuan

Tujuan kelas asas komputer dan komunikasi diadakan di Pusat Internet Kg Jabi adalah untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada para lepasan pelajar serta komuniti mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT untuk memperoleh maklumat mengenai pelajaran secara atas talian serta menghantar dokumen melalui whatsapp web.

Aktiviti

Petugas mengajar pengunjung yang hadir iaitu pelajar lepasan sekolah menengah yang ingin membuat resume. Petugas mengajar supaya membuka whatsapp web bagi memudahkan mengambil dokumen gambar passport untuk di letakkan di dalam resume. Seterusnya, seorang ibu kepada pelajar IPTA meminta bantuan untuk mencetak maklumat peribadi anaknya yang dihantar melalui whatsapp. JAdi petugas meminta pengunjung tersebut membuka whatsapp web seterusnya mencetak keluar dokumen tersebut. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 12 SEPTEMBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 7 ORANG

 

photo 2019 09 24 17 14 43

 

Tujuan

Tujuan kelas pembelajaran ini dilakukan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, petugas PI juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk mengenali perkakasan komputer yang sering digunakan di dalam Pusat Internet.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan di dalam bilik latihan di mana terdapat 7 orang pelajar sekolah rendah yang menyertai kuiz ini. Kuiz tersebut di lakukan secara online dengan tinjauan dan pemerhatian petugas. Sesetengah pelajar masih belum mengenali perkakasan komputer tersebut walaupun sering digunakan. namun setelah diterangkan tentang pengenalan perkakasan komputer, mereka lebih faham tentang fungsi perkakasan tersebut.

 

Gambar Disini