TARIKH : 08 JANUARI 2020 MASA : 3.30 - 4.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai it serta mahir dalam penggunaan komputer dan internet kepada komuniti dan pengunjung Pusat Internet.
AKTIVITI
Petugas memberikan tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web kepada pengguna yang ingin mencetak keluar borang bantuan persekolahan YAPEIM. Seterusnya, petugas mengajar untuk memuat turun dokumen daripada whatsapp tersebut serta mengajar cara-cara log keluar whatsapp web. Selain itu, petugas juga telah membantu pelajar sekolah yang ingin memuat turun lagu MP3 dengan menggunakan website mp3juices.com . Pelajar tersebut berjaya memuat turun lagu-lagu yang diminati dan memasukkannya ke dalam pendrive.
TARIKH : 07 JANUARI 2020 MASA : 10.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 11 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pekerja yang mahir dalam penggunaan sistem Microsoft Office.
AKTIVITI
Pengunjung yang hadir ke pusat internet Kg Jabi terdiri daripada penjawat awam sektor kerajaan daripada Jabatan Pertanian Kuala Terengganu. Mereka menggunakan pusat internet sebagai medium pembelajaran cara-cara membuat perakaunan menggunakan Micorosoft Excel. Mereka juga diketuai oleh ahli mereka sendiri yang mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Pekerja yang belum mahir Microsoft Excel telah mahir menggunakannya hasil pembelajaran di Pusat Internet Jabi. Petugas membantu golongan yang kurang mahir dengan memberi panduan cara-cara memasukkan item perakauanan mereka ke dalam Microsoft Excel.
TARIKH : 23 DISEMBER 2019 MASA : 10.30 - 12.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan pengguna yang mahir dalam penggunaan IT dan sentiasa ambil tahu mengenai hal terkini.
AKTIVITI
Petugas memberikan tunjuk ajar untuk mencara laman web E-Munakahat Terengganu bagi mengisi borang nikah secara atas talian. Pengguna tersebut juga adalah pengguna yang masih kurang mahir dalam penggunaan IT. Mereka pertama kali mengunjungi pusat internet untuk mengisi borang nikah secara atas talian. Dua pasangan tersebut perlu mengisi pelbagai borang yang berada di dalam laman web tersebut.
TARIKH : 06 JANUARI 2020 MASA : 2.30 - 4.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Untuk mempelajari cara-cara membuat permohonan bantuan MAIDAM secara atas talian dan membuat resume menggunakan Micorosoft Word.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada komuniti yang ingin memohon bantuan MAIDAM tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi permohonan bantuan MAIDAM secara atas talian dengan lengkap. Komuniti yang mengisi borang tersebut dapat membuat permohonan dan mengemaskini bantuan MAIDAM dengan baik serta mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Selain itu, salah seorang pelajar lepasan STPM ingin mempelajari cara-cara membuat resume menggunakan Microsoft Word. Beliau berjaya membuat resume tersebut.
TARIKH : 19 DISEMBER 2019 MASA : 3.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai it serta mahir dalam penggunaan komputer dan internet kepada komuniti dan pengunjung Pusat Internet.
AKTIVITI
Petugas memberikan tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web kepada pengguna yang ingin mencetak keluar dokumen daripada aplikasi whatsapp tersebut dengan "scan" whatsapp tersebut pada website whatsapp tersebut. Seterusnya, petugas mengajar untuk memuat turun dokumen daripada whatsapp tersebut serta mengajar cara-cara log keluar whatsapp web. Selain itu, petugas juga memberikan cara-cara mengedit resume menggunakan Microsoft Word dengan menjadikan resume di carian google sebagai rujukan.