TARIKH       : 15 DISEMBER 2019  

 MASA         : 10.30 - 12.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

 

photo 2019 12 23 11 44 54

 

Tujuan

Untuk mempelajari cara-cara membuat permohonan bantuan MAIDAM bagi permohonan baiki rumah secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada komuniti yang ingin memohon bantuan MAIDAM tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi permohonan bantuan MAIDAM secara atas talian dengan lengkap. Komuniti yang mengisi borang tersebut dapat membuat permohonan dan mengemaskini bantuan MAIDAM dengan baik serta mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 12 DISEMBER 2019  

 MASA         : 2.30 - 3.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

 

photo 2019 12 15 10 06 06

 

TUJUAN

Memberi kemudahan jalur lebar kepada komuniti setempat dan melahirkan komuniti yang celik it dalam perbankan secara atas talian. 

AKTIVITI

Sebelum menjalankan internet banking, peserta perlu mengaktifkan akaun atas talian terlebih dahulu sebelum menjalankan transaksi. Pengguna diajar cara-cara untuk membuka perbankan secara atas talian dengan memasukkan id dan password. pengguna turut diajar cara-cara untuk memuat turun penyata transaksi bagi setiap suku bulan. selain itu, seorang lagi pengguna diajar cara-cara untuk membuka gmail yang telah lama tidak dibuka dan terlupa kata laluan. pengguna tersebut berjaya membuat semula kata laluan baru bagi akaun gmail tersebut.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 10 DISEMBER 2019  

 MASA         : 3.30 - 4.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2019 12 15 10 05 24

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang mahir dan kreatif dalam penggunaan Microsoft Word dan aplikasi chat website.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara membuka telegram secara dekstop untuk mengedit kad pengenalan yang ingin dicetak keluar. Seterusnya, petugas memberi tnjuk ajar cara memuat turun dokumen dan menyimpan dokumen Word ke PDF. Pengguna telah mahir dan pandai menggunakan aplikasi tersebut secara dekstop.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 11 DISEMBER 2019  

 MASA         : 3.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

 

photo 2019 12 15 10 05 35

 

TUJUAN

Untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dan memperkenalkan produk secara "face to face".

AKTIVITI

Petugas pusat internet mempromosikan barangan Wawa Cosmetics yang semakin terkenal di Malaysia,Brunei dan Indonesia. Barangan tersebut terdiri daripada set penjagaan kulit muka dan set make up. Petugas memberikan tester serta tunjuk ajar cara-cara mengaplikasikan set makeup kepada pengunjung.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 09 DISEMBER 2019  

 MASA         : 8.30 - 12.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 15 ORANG

 

 

photo 2019 12 15 10 04 16

 

TUJUAN

Untuk memupuk silaturrahim antara ahli masjid dan penduduk Kampung Jabi seta petugas pusat internet.

AKTIVITI

Pada waktu pagi, penduduk kampung wanita bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Penduduk bekerjasama merewang bagi menjayakan program ini. Pihak Pusat Internet Jabi juga memberi sedikit sumbangan tenaga kepada ahli Masjid Jabi bagi sama-sama memeriahkan majlis khatan dan program mengaji di Masjid Jabi.

 

Gambar Disini