TARIKH       : 29 OGOS 2019   

 MASA         : 9.30 - 11.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 09 06 at 3.44.03 PM 1

 

TUJUAN

Memupuk pengguna yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan internet dan usaha ingin belajar sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. Selain itu, untuk melahirkan komuniti yang peka dengan maklumat pekerjaan melalui dalam talian dan peka tentang kepentingan email.

AKTIVITI

Petugas memberi bantuan cara untuk membuka email bagi mereka yang terlupa kata laluan. Hal ini kerana, link peperiksaan SPA tersebut hanya dapat dibuka melalui email yang dihantar secara peribadi kepada pemohon yang berjaya lulus dalam peperiksaan sebelumnya. Mereka diberi masa selama 2 jam setengah untuk menjawab dua sesi peperiksaan Perubatan. Mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai iklan jawatan kosong yang boleh didapati dan dipohon melalui laman web SPA. jesteru, mereka semua akan lebih peka dengan kekosongan jawatan secara online.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 24 OGOS 2019   

 MASA         : 8.00 - 1.00 petang

 LOKASI      : DATARAN MUARA KUALA BESUT

 PESERTA   : 350 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 08 24 at 2.26.11 PM

 

Tujuan

Tujuan pusat internet menyertai program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet (PI) sebagai tempat komuniti , mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi dan NGO. Selain itu kami juga mempromosikan Dashboard Komuniti dan juga Analogue Switch Off (ASO) kepada komuniti.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan pada hari program tersebut berlangsung dengan dihadiri oleh pengunjung dan komuniti setempat serta agensi-agensi jemputan. Antara program tersebut ialah :

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Dewasa Merdeka,

Pertandingan Teka Rempah Ratus,

Musang Berjanggut,

Hiasan Basikal Merdeka,

Gubahan Jalur Gemilang,

Word Search(Komputer Term),

Komputer Tools,

Maze,dan

Kuiz spontan ICT dan kemerdekaan. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 07 OGOS 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 08 22 at 9.05.49 AM

 

Tujuan

Tujuan kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi diadakan di Pusat Internet Kg Jabi adalah untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada pelajar dan para lepasan pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT untuk memperoleh maklumat mengenai pelajaran secara atas talian serta menghantar dokumen melalui email.

Aktiviti

Pelajar sekolah yang ingin menghantar dokumen untuk membuka akaun gmail baharu dan memudahkan untuk proses menghantar dan menerima dokumen daripada mana-mana sumber. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari maklumat tugasan sekolah turut diajar menggunakan google search engine supaya senang untuk mencari maklumat. Komuniti yang mengunjungi PI Kg Jabi ingin mencetak dokumen dari whatsapp di ajar membuka whatsapp web pada pc dekstop dan mencetak direct daripada pc tersebut. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 21 OGOS 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET KG JABI

 PESERTA   : 6 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 08 22 at 9.15.34 AM 1

 

 

Tujuan

E-pembelajaran yang dilakukan di Pusat Internet Kg Jabi bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada komuniti serta pelajar tentang kemodenan IT dan ICT pada masa kini yang boleh membantu mereka untuk mengenali dunia perniagaan secara online dan penggunaan youtube sebagai panduan pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar yang menghadiri kelas e-pembelajaran membuka google maps seperti yang diajar oleh petugas PI dan mencari peta yang mereka inginkan. Para pelajar pada masa kini perlu celik IT dan ICT kerana mereka perlu membuat tugasan sekolah dengan melayari internet. Selain itu, mereka juga diajar menggunakan whatsapp web untuk memudahkan urusan pemindahan dokumen dan pencetakan keluar. Petugas Pusat Internet juga mengenalkan dan mempromosikan MYTV kepada komuniti dimana ianya ialah sistem siaran analog yang ditukarkan kepada sistem siaran digital. MyTV mempunyai jumlah 19 siaran.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 06 OGOS 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

photo 2019 08 06 12 21 01

 

TUJUAN

Menyediakan kemudahan Ihealth untuk tujuan pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan komuniti setempat bagi pemeriksaan kesihatan secara berkala. Selain itu, kelas asas komputer dan internet diperkenalkan kepada pelajar supaya mereka lebih cekap menggunakan IT dan ICT terkini.

AKTIVITI

Petugas PI membuat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung yang hadir ke Pusat Internet. Pengunjung tersebut ingin membuat pemeriksaan kesihatan kerana beliau ingin menyertai sukan berbasikal secara beramai-ramai di Kuala Besut. Selain itu, pelajar yang hadir ke pusat internet di ajar untuk membuka whatsapp web pada pc untuk mencetak keluar dokumen yang berada di dalam smartphone mereka. Terdapat juga pelajar yang menggunakan microsoft word untuk membuat kerja kursus mereka berdasarkan rujukan pada laman sesawang pendidikan.

 

Gambar Disini