Screenshot 2023 05 14 092849

 

 

 

Latar belakang

Pn.Ann Bazlin Binti Seman merupakan seorang balu kematian suami, berasal dari KG Kerandang, Jerteh dan berumur 40 tahun. Sebelum ini, Pn.Ann bekerja di Kuala Lumpur dan menetap disana. Setelah kematian suami, dia nekad untuk pulang ke kampung halaman dan tinggal bersama keluarga. Pn.Ann mencuba nasib menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan adikberadiknya. Pn.Ann dan adik-beradiknya menjalankan perniagaan penternakan ikan keli sangkar di belakang rumah keluarganya. Dia sentiasa datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi untuk mencari maklumat berkenaan penternakan ikan yang dijalankan. Pn.Ann dikategorikan sebagai pengguna sederhana mahir dalam penggunaan komputer. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknologi yang semakin berkembang. Hal ini kerana, tugas beliau sebagai seorang penternak perlu mahir dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pencarian ilmu cara penternakan, mengikuti kursus-kursus penternakan secara atas talian dan banyak lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Pn.Ann Bazlin hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan komputer untuk urusan kerja harian, soc media dan menonton video di youtube. Biasanya kerja melibatkan komputer, beliau akan meminta bantuan adik-beradik dan kadang terpaksa membayar upah kepada orang lain jika perlu menyiapkan kertas kerja dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi, Pn.Ann Bazlin semakin mahir serta cekap dalam menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Beliau mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi apabila beliau perlukan bantuan dalam penggunaan komputer dan pencarian maklumat. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas PEDi jika terdapat permasalahan dalam penggunaan komputer. Dengan kecekalan semangat beliau dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ICT dan perkomputeran, kini beliau makin mahir dalam penggunaan komputer dan internet seterusnya dapat menguasai pelbagai bidang komputer secara meluas.

 

JA

 

 

Latar belakang

En.Mat Jais Bin Mohd Yatim merupakan anggota Barisan Hadapan Negara, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM Setiu dan berasal dari Kg Jabi. Beliau berumur 50 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Merupakan salah seorang AJK PIK sejak dari PIK ditubuhkan. Sebelum ini beliau hanya menjadi belakang tabir untuk program PIK, namun setelah dilantik menjadi SU untuk jawatankuasa Masjid Jabi, beliau sentiasa datang ke PIK untuk belajar dunia perkomputeran. Sentiasa meminta petugas PIK memberi tunjuk ajar ilmu perkomputeran dari asas hingga ke tahap mahir dalam penggunaan komputer. Tugasnya sebagai SU masjid memerlukan beliau tahu selok-belok dalam penggunaan Microsoft Office untuk membuat surat jemputan mesyuarat, minit mesyuarat, perjalanan akaun keluar masuk masjid dan pelbagai lagi. Usia tidak mematahkan semangat beliau untuk mendalami ilmu perkomputeran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, En.Mat Jais Bin Mohd Yatim hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan komputer untuk urusan kerja harian. Biasanya kerja melibatkan komputer, beliau akan meminta bantuan anak-anaknya.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Internet Komuniti, En.Mat Jais Bin Mohd Yatim mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT menggunakan komputer. Beliau sering menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet Komuniti. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas PIK untuk membantunya dalam mempelajari bidang ict. Setelah dilantik menjadi SU Masjid Kg Jabi, dengan keberanian dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan internet seterusnya dapat menguasai bidang komputer.

 

IS

 

din

 

Latar belakang

Burhanuddin Bin Ismail merupakan bapa kepada 3 orang, kematian isteri 3 tahun lepas. Bekerja sendiri sepenuh masa. Tika umur 22 tahun dia pernah berhijrah di Shah Alam, bekerja sebagai juruteknik kilang Shin Ethsu Hundotai (kilang proses silicon wafer) hampir 4 tahun. Pada tahun 2000 dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman kerana ingin menjalankan perniagaan sendiri. Berbekalkan ilmu yang ada, dia memberanikan diri membuka kedai baiki peralatan elektrik bermotor di Kg Ga’al, Pasir Puteh. Sambutan baik dan ramai pelanggan. Pada 2002, dia berpindah tapak kedai dari Pasir Puteh ke Kg Jabi (kedai sendiri) sekali dengan kediaman sekarang. Berbekalkan modal permulaan dalam RM5000.00 untuk pembelian barang ganti pelanggannya. Hasil kerjanmya mendapat pujian dan setiap hari ada sahaja pelanggan akan menelefon untuk membaiki peralatan rosak. Khidmat yang diberikan boleh ke rumah pelanggan dan peralatan yang perlukan masa untuk dibaiki akan dibawa pulang kerumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu. Jualan yang dibuat adalah secara langsung kepada orang yang singgah di tempat tersebut dan kenalan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi sebanyak RM1000. Namun pendapatan tersebut tidak tetap dengan suasana Pandemik Covid-19. Beliau kadang-kadang akan dapat kurang dari anggaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Burhanuddin Bin Ismail mula belajar menggunakan fb, whatssp sebagai cara mempromosikan diri dan perkhidmatan yang disediakan. Melalui pembelajaran online usahawan di internet, petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 1000 ke RM 3000.

 

d

A

 

 

Latar belakang

Mohd Aizan merupakan bapa kepada 5 orang anak dan beliau sebelum ini merupakan seorang kontraktor dan tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan sebelum ini. Namun, oleh kerana minatnya mendalam dalam bidang Autopart, beliau yang pada asalnya tiada kemahiran langsung di dalam bidang tersebut telah memperolehi sedikit kemahiran. Beliau mempelajari kemahiran ini secara persendirian dan juga daripada rakan-rakan perniagaan yang sebelum ini telah membuka perniagaan automotif. Mohd Aizan mengambil keputusan untuk berhenti menjadi kontraktor dan membuka perniagaan Autopart milik persendirian. Atas inisiatif sendiri, beliau telah membuka kedai autopart yang diberi nama MZ Autopart. Beliau bermula dengan modal sebanyak RM50,000. Modal tersebut adalah hasil pekerjaan beliau sebelum ini. Kedai beliau terletak di Pekan Jabi. Perniagaan beliau bermula pada akhir tahun 2019 berikutan masalah pandemic Covid-19 yang menyebabkan beliau kurang mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang kontraktor, dan maka terhasil kedai beliau sendiri MZ Autopart.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan MZ Autopart milik Mohd Aizan tidak menentu. Jualan yang dibuat adalah secara langsung kepada orang yang singgah di tempat tersebut dan kenalan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi sebanyak RM5000. Namun pendapatan tersebut tidak tetap dengan suasana Pandemik Covid-19. Beliau kadang-kadang akan dapat kurang dari anggaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Mohd Aizan mula belajar menggunakan platform Shopee sebagai cara mempromosikan dan memasarkan barangan yang dijual oleh beliau selain belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 5000 ke RM 7000.

 

S

 

asi

 

Latar belakang

Nur Asiah Bt Mat Husin merupakan seorang pelajar IPTA Tahun Ke-3 UTM Skudai, jurusan Ijazah Sarjana Muda Management Pengkhususan Marketing sepenuh masa, berasal dari Kg Gerun Apal dan merupakan pengguna tetap Pusat Internet Komuniti Kg Jabi. Merupakan anak ke-8 dari 12 orang adik beradik. Ayah bekerja sebagai petani dan ibu suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana  Nur Asiah dari golongan kurang berada, dia nekad untuk mrmbantu keluarga dengan berniaga secara kecil-kecilan sebagai agen untuk barang kecantikan. Bermula dari bulan April 2020, oleh kerana keadaan negara menghadapi ancaman Pendamik COVID-19 dan terpaksa berkuliah dari rumah, Nur Asiah nekad menjalankan perniagaan. Alhamdulillah setakat ini perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan dan ramai membeli dengannya. Dalam seminggu akan ada belian dari pembeli tidak kira secara atas talian mahupun cod. Menggunakan platform Facebook, Instagram dan whatspp untuk promosi jualan produk kecantikan Demica.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada warga Facebook sahaja. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 700.00 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan, mendalami facebook dan Instagram di Pusat Internet, ia banyak membantu Nur Asiah Bt Mat Husin dalam perniagaan. Selain itu saluran wassap juga digunakan dalam mempromosikan produk jualannya

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 1,500.

 

as