SUNTINGAN IMEJ, MICROSOFT WORD & BELAJAR INTERNET

 Nama    : Nur Aliya Zafirah Bt Kamaruddin 

 Umur     :12 tahun

  Ahli       : 2016

 

IMG 5164

 

Latar Belakang

Nur Aliya Zafirah Bt Kamaruddin merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Jabi yang berusia 12 Tahun. Beliau merupakan anak keempat dari lima orang adik beradik yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan 1 orang lelaki dan dilahirkan di Hospital Selayang dan dibesarkan di Kg Jabi. Bapanya Kamaruddin Bin Majid bekerja sebagai buruh kasar dan ibunya Siti Lily Suriani Bt Mustafa bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak. Beliau seorang yang peramah dan sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dalam persatuan dan sukan bola jaring peringkat sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Zafirah tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya. Namun dengan keberanian dan sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini beliau mahir dalam penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kekerapan beliau mengunjungi PI salah satu penyebab beliau cepat mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusianya. Beliau sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap petang selepas sesi persekolahan beliau akan ke PI untuk mencari maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh PI, beliau sudah pandai menggunakan Microsoft Word dan membuat suntingan imej dengan menggunakan Microsoft Word. Beliau banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia internet melalui pemantauan petugas PI. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas PI membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan beliau menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.

 


USAHAWAN BAKERI KECIL

 Nama    : Siti Fatimah Binti Razali  

 Umur     : 31 tahun

  Ahli       : 2018

 

IMG 6053


Latar belakang

Puan Siti Fatimah mempunyai 3 orang termasuk 2 orang anak kembar. Beliau tidak bekerja kerana ingin menjaga anak-anak dirumah memandangkan beliau mempunyai anak kembar agak susah untuk menyerahkan kepada pengasuh. Beliau nekad untuk membuka perniagaan kecil-kecilan kerana beliau mempunyai bakat dalam bidang masakan kuih muih untuk dijadikan sumber pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian bulanan beliau tidak menentu, sebelum ini beliau hanya membuat kuih muih dan menempatkan di kedai-kedai yang menjual makanan pagi.

Pendapatan sebulan lebih kurang RM500 memandangkan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan cara meningkatkan pendapatan di PI beliau sudah pandai menggunakan media social sebagai tempat mempromosikan makanan yang dijual. Selain menggunakan medium wassap, Facebook juga merupakan salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang beliau jalankan.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM1000 – RM2000.

 


 

USAHAWAN KONTRAKTOR KECIL

 Nama    : Shamsul Hisham Bin Muhammad 

 Umur     : 43 tahun

  Ahli       : 2017

 

IMG 4901

 

Latar belakang

Bermula tahun 2008,beliau mula berjinak dengan kontraktor binaan, iaitu kontraktor kecil-kecilan dimana projek  berjumlah RM200,000 dan ke bawah. Kontraktor binaan yang dilakukan termasuk ubahsuai,pembinaan bangunan,rumah kedai, rumah persendirian , infranstruktur, projek kecil-kecilan kerajaan seperti membuat jalan,membaikpulih bangunan dan lain-lain pembinaan kos yang berjumlah RM200,000 dan ke bawah.

Sebagai kontraktor yang bertauliah dan dinyakini, beliau memiliki Sijil Kontraktor Kecil iaitu Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (A 123387)  dan Sijil Perakuan Pendaftaran yang diiktiraf daripada CIDB Malaysia. Selain itu juga, beliau memiliki Sijil Pusat Khidmat Kontraktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai syarat  memasuki tender untuk Bumiputera. Segala urusan perniagaan dijalankan di Kg Renek serta syarikat yang didaftarkan MJ Kekal Maju Enterprise.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan tidak biasa dengan penggunaan email.

Pendapatan dalam sebulan antara RM1000 – RM 1500.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan bersama Pusat Internet beliau sudah mahir menggunakan komputer dan sudah pandai menggunakan email untuk tujuan rasmi. Malah beliau juga sudah pandai dalam penggunaan laman web untuk golongan kontraktor bagi mendapatkan tender serta kemaskini maklumat syarikat sendiri. Beliau tidak pernah jemu dating dan sering bertanya dengan staf petugas dalam mempelajari penggunaan komputer dan internet.

Pendapatan yang diperolehi sebulan antara RM2000 – RM5000.

 


 

MAHIR DALAM MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD & CARIAN MAKLUMAT TUGASAN SEKOLAH

Nama    : Nursaidah Nazurah Binti Mohd Sabri 

Umur     : 12 tahun

 Ahli       :  2017

 

IMG 6603

 

Latar Belakang

Nursaidah Nazurah Binti Mohd Sabri merupakan anak ke 5 daripada 6 beradik. Beliau bersekolah di SK Jabi dan baru-baru ini beliau telah mendapat keputusan UPSR sebanyak 1A,3B,2C. Beliau seorang yang sangat aktif dalam sukan bola tampar dan  badminton serta menggalas tanggungjawab sebagai Pengawas Pusat Sumber.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau tidak biasa dengan penggunaan komputer dan beliau juga jarang melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PI. Oleh kerana tidak begitu mengenali PI menyebabkan beliau jarang berkunjung ke PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI, beliau sudah pandai menggunakan komputer dan internet untuk kegunaan pembelajaran dan bersosial dilaman social. Beliau turut hadir bersama kawan-kawan dan menyertai program yang selalu dianjurkan oleh PI. Oleh kerana selalu berkunjung di PI, beliau sudah biasa dengan keadaan sekitar dan sering menolong petugas sepanjang sebelum dan selepas program yang tiap kali dianjurkan oleh PI.

 


 

USAHAWAN NASI ULAM SUNGAI RENEK

 Nama    : Rosnani Binti Mohamed 

 Umur     : 43 tahun

  Ahli       : 2018

 

41013239 520383798422404 7039389189837684736 n

 

Latar belakang

Rosnani Binti Mohamed sudah lama berkacimpung dalam dunia perniagaan masakan yang cukup terkenal dengan Nasi Ulam di Sungai Renek, Jerteh Besut Terengganu. Beliau sudah menjalankan perniagaan ini hamper 12 tahun. Beliau juga mempunyai 2 orang anak dan 6 orang pekerja yang turut membantu beliau dalam menguruskan perniagaan masakan ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer kerana jarang meluangkan masa untuk bersosial dilaman sosial mahupun dalam penggunaan internet dek sibuk dalam dunia masakan didapur.

Pendapatan dalam sehari antara RM200 – RM 300.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan bersama Pusat Internet beliau sudah mahir dalam penggunaan internet termasuk bersosial dilaman sesawang dengan adanya Facebook dan Facebook Page Like untuk membuat promosi perniagaan beliau.

Pendapatan yang diperolehi sehari antara RM700 – RM800.

 

 40993511 2143482075893362 7269733006091223040 n 1     41172701 313859716085498 66193761088045056 n